18 Ogos 2009

Program Indahnya Bandarayaku

Program Indahnya Bandarayaku
Aktiviti: Lawatan ke negeri Melaka
Anjuran: KPM dan Pusat K.Kurikulum JPNJ
Tarikh: 12-17 Ogos 2009
4 orang murid yang sungguh bertuah telah terpilih mengikuti rombongan Program Indahnya Bandarayaku ke negeri Melaka dari 12-17 Ogos yang lepas. Murid-murid ini terpilih kerana aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum dan dari keluarga yang kurang berkemampuan.
Sepanjang berada di sana murid-murid telah menginap di Hotel Seri Malaysia dan Hotel Grand Continental Melaka. Murid-murid yang terlibat ialah Dewi Nurul Huda (5 IS), Faraerna (5IS), Mohd Syazwan (4 AJ) dan Mirza Nurhaikal(4 AJ). Guru pengiring pula ialah Ustazah Siti Hajar.
Kelihatan dalam gambar yang agak kelam di sebelah kiri ialah Ustazah Siti Hajar bersama murid-murid. Murid-murid juga sempat bergambar kenangan bersama rakan-rakan yang baru dikenali sepanjang rombongan tersebut. Antara tempat menarik yang tela mereka lawati ialah Eye on Malaysia, Melacca River Cruise, A Famosa dan muzium-muzium di sekitar Bandaraya Melaka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails