30 Mac 2010

Selamat maju jaya cikgu Faisal

Masih ingatkah lagi dengan undian warna kereta cikgu Faisal yang pernah saya buat dahulu. Kini kereta cikgu Faisal telah pun siap dicat dan telahpun berubah wajah. Rupa-rupanya siap saja kereta cikgu Faisal, beliau pun telah diarahkan bertugas di sekolah baru iaitu SK Tmn Kota Puteri. Belum puas lagi rasanya kami bersama beliau, beliau telahpun ditukarkan. Semoga cikgu Faisal sentiasa sihat dan ceria serta maju jaya di tempat yang baru.

26 Mac 2010

Majlis 3 dalam 1

Tarikh : 10 April 2010 (Sabtu)
Tempat : Dewan Raya Felda Ulu Tebrau

Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah
Masa 8.00 pg - 9.30 pg

Majlis Anugerah Cemerlang 2009
Masa 9.30 pg - 11.00 pg

Mesyuarat Agong PIBG kali ke-30
Masa 11.00 pg - 1.00 ptg

*Segala maklumat di atas adalah benar sehinggalah terdapat pembetulan*





Mesyuarat guru ke 3, 2010

Semalam berlangsung mesyuarat guru kali ke-3.
Ramai guru-guru lelaki yang memicit-micit kepala memikirkan rancangan baju batik sekolah yang baru....
Banyak juga perkara yang dibincangkan. Mesyuarat bersurai kira-kira 2.45 petang..
Di sini saya memperkenalkan cikgu Mohd Taufiq yang menjalani ROSS selama dua minggu di sini. Selamat datang, cikgu.

Pasukan bola jaring dan sepak takraw sekolah 2010

22 Mac 2010

Makanan dari Perlis

Kelihatan di gambar beberapa jenis juadah ringan yang dibawa oleh cikgu Aqeela. Lazat sunggh rasanya. Terima kasih daun keladi.

Buah tangan pengantin

Walaupun majlis telahpun berlangsung....namun ingatan pihak pengantin kepada rakan-rakan guru sampai jua. Terima kasih kepada Pn Siti Hajar. Semoga mahligai yang dibina kekal selama-lamanya. Amin

Ujian Segak

Ujian segak telah dijalankan pada hari pertama selepas cuti persekolahan dengan dikendalikan oleh cikgu-cikgu PJK

10 Mac 2010

Analisa ujian UPPM 1

Guru-guru di ketika ini agak sibuk menyiapkan kertas-kertas ujian untuk ditanda termasuklah menyiapkan analisis yang akan dihantar ke PPD pada hari esok.

Persiapan ke sukan Zon Tiram

Ceria betul nampaknya rombongan sukan sekolah kita ke kejohanan olahraga Zon Tiram yang berlangsung di SMK Kota Puteri.
Walaupun cuaca agak panas kebelakangan ini semuanya kelihatan penuh azam mencapai kejuaraan.
Murid-murid pergi dengan menaiki kereta guru. Keputusan secara tidak rasmi adalah sekolah kita dikedudukan ke-10 daripada 66 buah sekolah. Tahniah

08 Mac 2010

Program perasmian Sambutan Minggu Anti Dadah 2010

Pagi tadi telah berlangsung majlis perasmian sambutan anti-dadah peringkat sekolah yang telah dijalankan dengan ringkas. Program yang dirancangkan ini akan berlangsung selama seminggu sehingga Jumaat 12 Mac 2010. Antara program-program menarik yang telahpun disusun ialah memorandum sokongan anti-dadah, Projek sudut PPDa, Pertandingan melukis poster Thp 2, Pertandingan mewarna Tahap 1 dan Pra-sekolah, Buletin PPDa, KUiz Pencegahan Dadah, dan Deklamasi Sajak.

Keputusan MTQ Zon Tiram 2010

Berikut adalah senarai nama wakil-wakil sekolah Felda Ulu Tebrau yang telah mengharumkan nama sekolah pada petandingan MTQ baru-baru ini;

1.MUHAMMAD SYAFIQ IMRAN B. MD. BASRAH- Tilawah Al Quran (N Johan)
2.MASITAH BALQIS BT IJOTDIN- Tilawah Al Quran (Ketiga)
3 MUHAMMAD SYAFIQ B. AHMAD SATTAR - Bercerita kisah Al Quran (Ketiga)
4 SUHAILA FAIQAH BT SOHAIMI - Bercerita kisah Al Quran (N Johan)



06 Mac 2010

MTQ Zon Tiram 2010

Majlis Tilawah Al Quran (MTQ) telahpun berlangsung pada sebelah pagi tadi di SK Felda Ulu Tebrau. Majlis ini telah disertai oleh 8 buah sekolah di dalam zon Tiram. Memandangkan sekolah kekurangan bangunan maka venue pertandingan di adakan di Surau dan kelas-kelas Pra-Sekolah. Tahniah kepada yang berjaya. Kepada yang gagal berusahalah lebih gigih lagi. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

05 Mac 2010

Bangunan baru 3/10

Di bahagian ini nanti akan didirikan jambatan penghubung antara bagunan lama dan bangunan baru. InsyaAllah.
Kita telahpun melangkah masuk ke bulan Mac dan kerja-kerja pembinaan bagunan barupun semakin hari semakin giat berjalan. Beginilah keadaan terkini suasana pembinaan bagunan. Kelihatan kerja-kerja pembinaan beam sedang giat dilaksanankan.

02 Mac 2010

kunci buat hal lagi

Kunci kabin bilik guru yang bermasalah kini mendapat perhatian para pentadbir. Kalau biasanya cikgu Mc Leeya dan cikgu Mc Qeela yang buka pintu, tapi hari ini pintu tu agak sukar dibuka. Kelihatan En Ridzuan dan En Zainal sedang cuba membuka pintu.
Sementara menunggu pintu dibuka, rakan-rakan guru duduk menunggu dengan penuh tabah sementara pintu dibuka.
Pada minggu lepas, masalah bekalan tenaga elektrik yang kerap menimbulkan maslah telahpun di atasi dengan pemasangan sistem kawalan elektrik sendiri bagi kabin-kabin.
En Misron turut turun padang untuk melihat sendiri masalah yang dihadapi serta mencari jalan penyelesaian masalah yang terbaik.

Mesyuarat Panitia Agama

Tidak kiralah di mana pun asalkan sesuai dan dipersetujui ramai, rasanya tidaklah menjadi masalah untuk mengadakan mesyuarat. Maka dengan itu Panitia Agama Islam memilih pondok bacaan sebagai tempat bermesyuarat. Mungkin dalam keadaan cuaca yang agak kering sekrang ini, adalah lebih sesuai dijalankan mesyuarat di tempat terbuka.

Kelas tambahan murid Galus UPSR 2010

Murid-murid GALUS juga tidak dilupakan untuk persiapan menghadapi peperiksaan UPSR. Kelas-kelas tambahan telah diadakan pada setiap hari dari Isnin hingga Khamis selepas waktu akhir persekolahan. Antara guru-guru yang terlibat adalah En Sahak, En Yazid, dan Cik Aqeela. Semoga segala usaha yang telah dicurahkan ini membenihkan hasilnya nanti. Terima kasih Cikgu
Related Posts with Thumbnails