17 Ogos 2009

Bangunan baru

Baru sahaja selesai majlis pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat sekolah, saya telah dipanggil ke bilik G. Besar. Rupa-rupanya satu sejarah telah berlaku di situ apabila pihak kontraktor (Syarikat Pembinaan Alimat Sdn. Bhd) sedang berbincang dengan En Misron sebagai wakil guru besar berkenaan pembinaan bagunan baru sekolah. Ura-ura pembinaan bagunan ini telah berlaku kira-kira dua tahun lepas (zaman Abg Long Syed Sulaiman), sehinggakan pada suatu ketika, kerja-kerja kajian tanah telah dijalankan namun pembinaan terpaksa ditunda gara-gara krisis ekonomi.
Beginilah pelan yang telah dibawa oleh kontraktor untuk ditunjukkan kepada pihak sekolah. Bagunan ini merupakan 2 blok bagunan 4 tingkat sekolah gantian. Ini bermakna bangunan asal tahun 1968 akan dirobohkan dan akan diganti dengan bangunan baru. Sebuah jambatan turut akan dibina untuk menyambungkan blok sedia ada dengan bangunan baru ini. Adalah difahamkam sebanyak hampir RM6.2 juta ringgit telah diperuntukkan bagi pembinaan ini. Kerja-kerja perobohan (bagunan sekolah lama,kantin, dan tandas lama) dan pembinaan akan bermula pada 24 Ogos 2009 dan dijangka siap pada Januari 2011. Sementara kerja-kerja pembinaan dijalankan, murid-murid akan ditempatkan belajar di kontena-kontena yang disediakan.

Antara bilik-bilik yang telah diwartakan ialah:
*Bilik Pend. Islam *Bilik Kaunseling *Bilik Akses *6 buah bilik darjah *Bilik Kesihatan *Bilik Matematik *Bilik SAL *Bilik mesyuarat *Bilik Pemulihan *Bilik guru *Bilik KH *Makmal Sains *Bilik keselamatan *Kantin (bahagian bawah bangunan) *Tandas *Tempat letak kereta
En Misron sempat bergambar bersama wakil daripada pihak kontraktor. Berita ini sungguh menggembirakan kami warga sekolah Felda Ulu Tebrau. Semoga dengan pembinaan bagunan baru ini akan menambah keselesaan kepada guru-guru dan murid-murid. Terima kasih kami dahulukan kepada semua pihak yang telah terbabit dari awal sehinggalah sekarang. Jasa baik pihak Tuan/Puan amatlah kami hargai dan sanjungi. Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails