Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan

06 September 2012

Solat Hajat Perdana UPSR 2012




Majlis berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambuatan yang menggalakkan.  Semoga usaha dan doa kita ini dimakbulkan Allah hendaknya.

Kibarkan Jalur Gemilang



Sambutan Hari Kebangsaan yang telah dijalankan di peringkat sekolah baru-baru ini...

15 Ogos 2012

Program Anakku Sayang UPSR 2012




Satu Program khusus UPSR, Anakku Sayang telahpun dijalankan pada 09 Ogos yang lepas bertujuan memberikan input-input terkini tentang kemajuan murid-murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan tak lama lagi. Semoga dengan berlangsungnya program seumpama ini akan sedikit sebanyak meningkatkan lagi pencapaian UPSR 2012 kali ini, InsyaAllah

26 Ogos 2011

Majlis berbuka puasa dan Solat Hajat Perdana UPSR 25.08.2011

Majlis berbuka puasa dan solat hajat perdana sempena UPSR 2011 telah pun dilaksanakan dengan jayanya pada 25 Ogos yang lepas. majlis berlangsung di Surau sekolah. Meskipun serba kekurangan sambutan yang diterima amatlah memberangsangkan. Majlis berlangsung seawal 6 petang dan tamat sekitar 10.15 malam.
Solat tarawikh dan Solat hajat dipimpin oleh Ustaz Abd Halim
Ucapan ringkas dan pada daripada En Zakaria Bahron, Guru Besar Sk Felda Ulu Tebrau.
En Mohd Fakhri, YDP PIBG sekolah turut menyampaikan sedikit ucapan selaku wakil ibubapa di dalam majlis ini. Semoga segala usaha yang telah kita curahkan akan membuahkan hasil yang memuaskan di dalam UPSR nanti InsyaAllah. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis ini...

22 Mei 2011

Lagi motivasi untuk UPPM2

Jumaat lepas murid-murid dikumpulkan untuk satu taklimat motivasi ringkas daripada kaunselor sekolah...semua murid kelihatan penuh bersemangat dan bermotivasi tinggi untuk menghadapi UPPM2 bermula Selasa depan
Yang kurang semangatnya ialah guru kerana bulan ni dah masuk 3 kali hari Sabtu bertugas....

08 Mei 2011

Program Motivasi UPSR 2011

Satu program motivasi keibubapaan UPSR telah dianjurkan oleh pihak sekolah bertempat di Dewan Felda Ulu Tebrau pada 7 Mei 2011 bermula jam 7.30pg - 1.00ptg
En Zakaria Bahron menyampaikan ucapan dan pengharapan hala tuju sekolah untuk tahun 2011 selama hampir 2 jam.
Kehadiran ibubapa yang ramai (80%) memeriahkan lagi majlis seterusnya menambahkan lagi semangat guru-guru Tahun 6 secara tidak langsung.
Di pertengahan majlis, kami didatangi oleh dua orang wakil PPD Pasir Gudang yang kebetulannya sedang memantau proses PNP bagi sekolah-sekolah yang mengambil cuti tambahan untuk Deepavali akan datang. Untuk makluman sekolah Felda Ulu Tebrau tidak mengambil cuti ekstra tersebut...
Cikgu Sahak pun sempat hadir memeriahkan majlis..
AJK makanan sibuk menyediakan tempat dan juadah untuk tetamu dan ibubapa.
Ibubapa menerima makanan dan minuman semasa waktu rehat...
Penerangan Skor A
Ceramah motivasi disamapaikan oleh Guru Cemerlang Kaunseling SMK Taman Putri Kulai.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga usaha murni yang kita jalankan ini akan membuahkan hasilnya nanti. InsyaAllah.

Orang yang berusaha, akan mendapat balasannya nanti...
TAPI
Orang yang malas, akan mendapat balasannya sekarang...

26 Oktober 2010

Ceramah Benci Zina

Pada setiap Jumaat pagi selepas majlis bacaan Yaasin, Ustaz Abdullah akan menyampaikan ceramah ringkas. Antara tajuk yang diketengahkan adalah tajuk Kami Benci Zina. Semoga dengan ceramah-ceramah yang disampaikan ini akan memberi manfaat dan panduan kepada semua.

21 Ogos 2010

Program Perkhemahan Motivasi Tahun 6 06-07/08/2010

Pihak sekolah sentiasa berusaha membantu pelajar-pelajar meningkatkan lagi aras pencapaian akademik mereka. Antara program yang dapat dilaksanakan menjelang UPSR ialah program motivasi yang telahpun berlangsung pada 06-07 Ogos yang lepas. Kelihatan En Misron, GPK1 (bersongkok) memberikan sedikit motivasi kepada para pelajar...
Ustaz Abdul Halim memang pandai menarik perhatian pelajar dengan ceramahnya yang santai tetapi penuh dengan panduan dan bimbingan.
Antara slot-slot yang diadakan termasuklah teknik menjawab soalan Matematik, Solat Hajat serta motivasi kerjaya yang disampaikan oleh En Mohd Fahrul (gambar atas)
Sebahagfian guru yang terlibat hadir menjayakan program ini...
Semoga dengan adanya program seumpama ini dapatlah membantu sedikit-sebanyak meningkatkan motivasi murid-murid menjelang UPSR yang bakal berlangsung pada September nanti...

06 Mei 2010

Kursus motivasi guru-guru tahun 6

Kesemua guru-guru yang mengajar subjek-subjek teras telah menghadiri satu program motivasi anjuran majlis pemuafakatan sekolah-sekolah zon Tiram yang bertempat di SK Ulu Tiram pada 04/05/2010 bermula dari jam 2.00-4.30 petang. ceramah motivasi telah disampaikan oleh ketua sektor pembangunan sumber manusia JPNJ.

28 Februari 2010

Motivasi UPSR 2010

Sebahagian daripada pelajar yang mengikuti kursus motivasi tahun 6 pada hari Sabtu 27 Feb yang lepas.
Sebelum bermula Cik Siti Hajar selaku pengacara sempat membuat senaman ala J-Qaf
Sementara iti guru-guru pula disuruh mendengar ceramah motivasi di balai raya Felda Ulu Tebrau...
Seperti biasa, sebelum majlis bermula....kita minum dulu
Nampaknya guru-guru dan kakitangan begitu tekun mendengar ceramah sambil mengambil iktibar daripadanya.
Sebahagian daripada aksi sepanjang kurus dijalankan
Sebahagian guru pula bertungkus lumus menyiapkan makanan dan minuman petang para peserta kursus...
Semoga dengan terlaksananya program motivasi UPSR 2010 pada kali ini akan menambahkan lagi semangat dan keyakinan para pelajar, ibubapa dan guru untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang...InsyaAllah
Related Posts with Thumbnails