27 Februari 2012

Pelantikan Pengawas dan ketua darjah 2012

Gambar-gambar sekitar majlis pelantikan pengawas sekolah, ketua darjah dan penolong ketua darjah yang telah berlangsung pada perhimpunan mingguan pagi tadi...

25 Februari 2012

Kemeriahan sambutan Maulidur Rasul

Kata orang masakan yang enak dapat menawan keluarga bahagia. begitulah terjadinya semasa majlis Maulid nabi pagi tadi. Tak ada rungutan kedengaran dan semuanya mengucap syukur ke atas rahmat yang telah Allah beri..
Sup tulang sedap .... ramai yang gemarkannya
gotong-royong
kerjasama
membawa bahagia ....

Persembahan Maulud 2012

Antara momen menarik persembahan murid dalam Sambutan maulidur Rasul peringkat sekolah tahun ini... :)

Sambutan Maulidur Rasul 2012 peringkat sekolah

Solawat Nabi dipimpin oleh Ustaz Suheil
Murid-murid berkumpul di perkarangan tapak pasar lambak Felda Ulu Tebrau sebelum berarak masuk ke perkarangan sekolah yang tak jauh dari lokasi
Bekas-bekas pelajar pun turut berhimpun kerana mereka kebetulannya menyambut Maulud di tempat, hari dan waktu yang sama.
Majlis berlangsung di dua venue kerana tempat duduk yang terhad. Majlis berlangsung meriah dan antara yang terbaik pernah berlangsung. Tahniah

Raptai majlis pelantikan pengawas

Raptai untuk majlis pelantikan hari Isnin nanti

20 Februari 2012

Pelancaran program nilam 2012

Majlis pelancaran program Nilam peringkat sekolah telahpun dilancarkan dengan jayanya pada perhimpunan pagi tadi. Majlis perasmian telahpun dibuat oleh Tn Guru Besar, En Zakaria Bahron.
Banner pelancaran majlis yang menandakan bermulanya program Nilam peringkat sekolah
Yang ni pula bukannya adegan membaca surah Yaasin tapi kesungguhan guru-guru menghayati dan menyanyikan lagu rasmi Nilam bersama murid-murid...

19 Februari 2012

Guru-guru SK Felda Ulu Tebrau

Gambar kenang-kenangan pada hari guru 2011
Klik gambar untuk saiz sebenar

Tahniah kepada PIBG SK Felda Ulu Tebrau

Tahniah kepada pihak PIBG SK Felda Ulu Tebrau yang julung-julung kalinya memenangi anugerah Juara pengurusan Fail terbaik peringkat bagi sekolah luar bandar Daerah Pasir Gudang. Majlis pertanding aka penyemakan berlangsung di PPD pada hari Selasa lepas sekitar 3.00ptg telah dihadiri oleh wakil PIBG iaitu En Nor Khari Izardi (s/u) dan En Nasiruddin (Bendahari). Dengan kemenangan ini juga PIBG bakal menerima hadiah wang tunai berjumlah RM1000 berserta sijil. Sekolah kita juga bakal mewakili daerah Pasir Gudang ke peringkat negeri yang akan berlangsung tak lama lagi. TAHNIAH.

Persiapan pelancaran NILAM 2012

Antara kerja-kerja terakhir persiapan pelancaran Nilam 2012 yang bakal berlangsung pada hari Isnin ini...

Persiapan bilik-bilik khas

Perjumpaan koko pada 18 Feb lepas bolehlah diibaratkan antara perjumpaan paling padat dan bermakna setakat ini. Banyak sekali kerja-kerja yang dijalankan selain daripada aktiviti koko. Antaranya ialah menceriakan bilik-bik khas dan bilik darjah, memasang tikar getah bilik operasi PBS dan kurikulum, penyediaan fail-fail, kursus kepimpinan, dan perlawanan persahabatan bola sepak.

Friendly game

Perlawanan persahabatan dengan SK Kg Maju Jaya berkesudahan dengan kemenangan 2-0 kepada SK Felda Ulu Tebrau. namun begitu masih banyak lagi aspek taktikal dan teknikal yang perlu diperbaiki. Tahniah

Kursus Kepimpinan

Kursus kepimpinan untuk pengawas sekolah, pengawas perpustakaan, ketua kelas serta penolong ketua kelas telah berlangsung pada 18 Februari 2012

16 Februari 2012

Mesyuarat Persediaan menjelang lawatan Jemaah Nazir

Satu mesyuarat persediaan awal menjelang kedatangan kumpulan jemaah nazir yang akan membuat pemeriksaan PENUH terhadap sekolah pada bulan Mac nanti telahpun diadakan tengahari tadi. Walaupun banyak perkara telahpun mula digerakkan namun masih ada lagi seperkara dua yang perlu diperbaiki menjelang hari keramat tersebut. Semoga usaha dan penat lelah kita semua akan membuahkan hasil yang membahagiakan. InsyaAllah....

PDM 2012

Satu taklimat tentang PDM aka Portal pangkalan data murid aka SMM telahpun disampaikan kepada guru-guru kelas. Cuma yang tak berapa seronoknya sampai setakat artikel ini ditulis, nak masuk ke laman web tersebut tak pernah berjaya. macam mana lah nak siapkan ikut date line 24 Feb ni

Kawad kecemasan dan latihan kebakaran

Satu Kawad kecemasan dan latihan kebakaran telah pun diadakan pada 15 Feb lepas. Latihan telahpun berjalan lancar serta mendapat bantuan penerangan tentang cara-cara penggunaan alat pemadam kebakaran dan perkara-perkara berkaitan keselamatan semasa kebakaran daripada kontraktor bertanggungjawab dalam sistem keselamatan yang kebetulan masih menyelia bangunan baru sekolah kami.

Kelas tambahan UPSR 2012 bermula...

Kelas tambahan selepas sesi persekolahan telah pun bermula mulai 13 Feb lepas. Murid-murid agak bertuah mulai tahun ini kerana ada banyak kelas-kelas yang sesuai untuk PNP berbanding tahun-tahun lepas di mana kelas terpaksa diadakan di tempat yang kurang sesuai dan panas...

12 Februari 2012

Kejohanan Merentas Desa MSSJ 2012 - Bahagian 3

Suasana menjelang saat penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Para peserta di tempatkan di bawah khemah khas sementara menunggu keputusan rasmi daripada pegawai kejohanan.
Para VIP bergambar kenang-kenangan sementara menunggu keputusan penuh dibacakan.
Tn Hj Hamsi B Jamhari, PPD Pasir Gudang menyampaikan cenderahati kepada para pemenang.
Para pemenang kategori P15
Para pemenang kategori L15
Para pemenang kategori P18
Para pemenang kategori L18
Daerah Kluang - Juara keseluruhan Kejohanan Merentas Desa MSSJ 2012
Kontijen Kluang - Juara keseluruhan Kejohanan Merentas Desa MSSJ 2012
Jamuan tengahari sebelum bersurai...

Pihak SK Felda Ulu Tebrau ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Tn Hj Hamsi B Jamhari, PPD Pasir Gudang yang sudi hadir memeriahkan kejohanan Merentas Desa MSSJ 2012 yang berlangsung di sekolah kami pada 11 Feb 2012. Kepada para pegawai serta atlit yang terlibat, pihak sekolah memohon maaf di atas segala kekurangan yang ada. Sekian. terima kasih....
Related Posts with Thumbnails