24 November 2011

.... memang rajin-rajin belaka

Hari ni secara tak rasminya acara gotong-royong diadakan untuk mengemas kabin dan kerusi meja. Memandangkan acara yang tidak rasmi maka tak adalah makan-makan atau jemput artis luar mahupun VIP atau orang suratkhabar. Acara ini diketuai oleh cikgu Nasir (baju merah).
Hampir keseluruhan guru lelaki yang ada kat sekolah ini berganding bahu dan tolong-menolong mengemas dan mengangkat meja kerusi serta almari. Kenapa? Sebab kabin-kabin ini akan dipulangkan semula.
Secara amnya hampir 120++ kerusi meja murid dan meja guru termasuk 4 buah almari 6' besi berjaya dipindahkan ke tempat selamat. Koordinasi yang baik serta semangat kental lagi tidak mengenal erti lelah dan jemu di bawah terikan mentari wajar diberikan pujian dan penghargaan
Acara yang bermula sekitar 9 pagi berakhir kira-kira 12 tengahari.
Daripada 5 buah kabin yang terlibat, 4 buah telah dikosongkan. Sempat juga diangkat tiang-tiang gol bola jaring bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku masa cuti sekolah yang panjang ni.
Majlis disudahi dengan memindahkan dua buah khemah besar ke tempat yang lebih sesuai bagi memudahkan kerja-kerja memindahkan kabin kemudian hari. Kepada yang bertungkus lumus menjayakan acara ini kami mengucapkan jutaan terima kasih....

20 November 2011

Laporan bergambar Hari Graduasi dan Anugerah Cemerlang 2011

Terima kasih kepada semua yang telah terlibat secara langsung mahupun di belakang tabir dalam menjayakan program ini. Jumpa lagi di tahun hadapan.

16 November 2011

Raptai hari graduasi dan anugerah cemerlang 2011

Semua orang kelihatan sibuk membuat persediaan majlis hari graduasi dan anugerah cemerlang 2011. Para guru dan murid-murid berganding bahu menyediakan yang terbaik untuk hari Jumaat ini. Walaupun serba kekurangan tapi mereka berusaha sedaya upaya mengatasi kekurangan tersebut. Syabas

15 November 2011

Agihan wang bantuan persekolahan 2012

Pada hari ni juga sekolah sibuk menguruskan tentang bantuan wang persekolahan 2012. Memang agak sukar pada awalnya kerana sekolah belum pernah lagi menguruskan wang tunai sebanyak ini dalam sehari.
Guru-guru kelas semuanya dipanggil ke bilik guru besar untuk menerima wang tunai dan borang pengesahan penerimaan...
Sepat juga ambil gambar duit note RM100. Mujurlah note yang digunakan ialah note RM100. Cuba bayangkan kalau note RM50 digunakan.
Kebetulan pula pengagihan berlaku serentak dengan masa jamuan Tahun 6. Sempat juga saya merakamkan gambaran sebenar situasi pada ketika itu. Macam suasana hari terbuka pun ada.
Boleh dikatakan hampir 96% duit bantuan tersebut telah diedarkan. Juga tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingi. Ibubapa juga tidak marah-marah atau masam muka sebaliknya ramai yang tersenyum gembira. Alhamdulillah....

Jamuan perpisahan tahun 6 15/11/2011

Tahun ni murid-murid tahun 6 diraikan seperti biasa bersempena majlis perpisahan sebelum ke sekolah menengah tahun hadapan. AJK majlis telah memilih bangunan baru sebagai venue memandangkan murid-murid ini tidak berkesempatan belajar di bangunan baru ni.
Jelas sekali semuanya kelihatan gembira
En Zakaria turut menyampaikan sepatah dua kata kepada murid-murid yang bakal meninggalkan sekolah ini. Walaupun beliau agak letih kerana banyak perkara sempat juga beliau memperuntukkan masa untuk bersama murid-murid tahun 6.

Susu sekolah 1 Malaysia memang sedap

Murid-murid SkFUT sungguh bertuah kerana semuanya menerima susu percuma 1 Malaysia
Murid-murid mestilah minum dan habiskan susu di sekolah dan tidak boleh dibawa pulang ke rumah
Setakat ni tak ada sebarang masalah tentang susu 1 Malaysia ni. Cuma masalahnya sedap sangat sampai tak cukup sekotak seorang.

14 November 2011

Taklimat ke Tingkatan 1 oleh SMK Felda Ulu Tebrau 2012

Taklimat ke tingkatan satu telah dijalankan kira-kira pada pukul 11.30 pagi bertempat di surau al Falah....
Murid-murid telah diberikan maklumat tentang penempatan dan pendaftaran ke tingkatan satu. Perkara ini sangat penting bagi memastikan semuanya berjalan lancar nanti.
En Fakhri (GPK Hem) dan Encik Johari (Lembaga disiplin) telah hadir untuk memberikan taklimat.

Pindah bilik guru

Kebiru telah memilih tarikh keramat iaitu 11.11.11 untuk melaksanakan ritual memindahkan barang-barang dari kabin bilik guru ke bangunan baru. Sibuk! Memang lah super sibuk sekarang ni sampaikan tak tahu mana yang nak diuruskan dulu tapi dalam mahu tak mahu dan dengan muka separuh masam terpaksa angkat jugalah barang-barang ke tempat baru yang ditetapkan.
Cuma yang tak syok kata mereka tak diberitahu awal-awal supaya senang pakai attire yang bersesuaian. Macam tema pakaianlah agaknya...
Kerja yang pada mulanya disangkakan sukar menjadi mudah dengan bantuan murid-murid yang memang sentiasa rajin membantu guru-guru mereka.
Tempat baru ni pun belum ada kerusi meja lagi, maka terpaksalah kami bawa mana yang ada buat sementara waktu ni sementara menunggu letibaan meja dan kerusi baru.
Banyak lagi ruang kosong. Memang banyak ruang kosong sebab tak ada kerusi meja. Malah guru-guru di sini berkongsi meja dan kerusi untuk sesi pagi dan petang sejak tahun 1968 lagi. Agak-agaknya cikgu-cikgu di sebelah Malaysia Timur sana pun tak berkongsi kerusi meja dan kerusi seperti kami di sini agaknya .....
Related Posts with Thumbnails