16 Ogos 2009

Laporan Pertandingan Nyayian Lagu Patriotik dan Pakaian Beragam sempena sambutan bulan kemerdekaan peringkat sekolah

Acara: Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik Antara Kelas, Guru dan Staf serta Pakaian Beragam sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-52 Peringkat Sekolah.
Tempat: Dewan Titian Tebrau, SKFUT
Tarikh: 15 Ogos 2009
Dari awal-awal pagi lagi para peserta yang mengambil bahagian telah siap sedia. Walaupun cuaca agak kurang menentu namun sambutan pertandingan pada kali ini sungguh menggalakkan.
Sebahagian daripada para peserta pertandingan pakaian beragam sedang membuat persiapan akhir sebelum pertandingan bermula. Cikgu Fadzilah selaku koordinator pertandingan pakaian beragam ini sedang menyiapkan peserta yang bertanding.
Pengacara majlis pada hari ini adalah Cikgu Fadzli dengan penyampaiannya yang bersahaja dan sekali-sekala sempat mencuit hati para penonton dengan lawak jenakanya yang sepontan.
Acara bermula dengan pertandingan nyayian antara kelas dan diselang-selikan dengan nyanyian guru.
Kalau nak dimasukkan semua gambar ke dalam blog ini mungkin tidak cukup ruang, oleh itu diharap para pelawat berpuas hati dengan gambar yg dihasilkan ini. Tidak lupa juga dengan kualiti persembahan yang pada keseluruhannya semakin bertambah hebat serta daya kreativiti yang semakin baik membuatkan para juri semakin sukar memilih juara bagi pertandingan ini.
Tidak kurang juga dengan murid-murid , ada yang bersenapang semasa menyanyi....dahsyat tuuu
Pertandingan pakaian beragam juga tidak kurang hebatnya. Sambutan penyertaan juga boleh dikatakan luar biasa. Murid-murid terlibat telah membuat persiapan yang rapi seminggu sebelum pertandingan dijalankan. Semoga dengan penyertaan ini murid-murid akan menjadi manusia yang berani dan yakin kepada diri sendiri.
Majlis ini tidak akan terjadi tanpa kerjasama erat dari semua pihak. Para penonton yang hadir turut memberikan respon yang baik serta dalam keadaan terkawal. Semoga kita berjumpa lagi pada tahun hadapan. Terima kasih semua......Jangan lupa teruskan AFUNDI anda...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails