24 Mac 2012

Budaya Al Quran di bilik J-Qaf

Bermula awal tahun ni majlis budaya alQuran setiap pagi Jumaat telahpun diadakan di bilik J Qaf. Walaupun agak sempit namun ianya lebih baik berbanding dari tahun-tahun sudah dimana ianya dilangsungkan di kawasan terbuka...

23 Mac 2012

Seminggu bersama Jemaah Nazir

Sebelum saya meneruskan catatan diari saya sepanjang minggu lawatan pemantauan penuh Jemaah Nazir sekolah ke sekolah ni, sukalah saya mendahulukan ucapan ampun dan maaf sekiranya catatan saya yang seterusnya meninggalkan rasa ketidakpuasan hati mana-mana pihak. Catatan ini terbit dari pandangan saya dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak...

HARI PERTAMA 19 Mac 2012
Pagi-pagi lagi kemunculan ramai jejaka tampan lagi bergaya di sekitar perkarangan sekolah dengan suit lengkap memang menggetarkan ramai pihak. Walaupun sudah dimaklumkan tentang kehadiran mereka ke sini melalui surat tempohari, kebimbangan tetap dapat dirasai di mana-mana.
Dari pintu pagar sekolah dan berbekal kamera digital @ kamera handphone, banyak sekali momen-momen pagi Isnin itu dirakam. Malang sekali hajat merakam gambar kenangan kunjungan mereka ke mari tidak kesampaian, justeru takut-takut disalah ertikan pula....
Pihak pengurusan dan guru-guru kanan subjek kemudiannya dijemput menghadiri sesi perkenalan dan makluman tentang kedatangan mereka ke sini. Gambar-gambar separas meja ni bukti, gambar yang dirakam senyap-senyap bimbang terjadi kesalahan nantinya.... Bila kata pemantauan menyeluruh maka semua aspek sekolah akan dipantau termasuklah pemantauan PNP guru. Minimum 3 guru dipantau bagi setiap subjek. Ada pula yang dipantau lebih sekali ikut keperluan.Pemantauan bermula sejak hari pertama lagi. Ada yang bertukar-tukar no telefon, bertujuan untuk memudahkan komunikasi sekiranya memerlukan apa jua bantuan.

HARI KEDUA 20 Mac 2012
Bila nama Jemaah maknanya tentulah ada makmum. Maka kumpulan Jemaah Nazir yang sudi datang ke solah kami pada kali ini adalah berjumlah 12 orang (betulkan saya kalau tersilap). Masuk hari kedua, ramai KP Subjek dipanggil berkaitan fail-fail Panitia. Sebenarnya bukan setakat fail panitia, malah semua fail berkaitan sekolah turut diperiksa. Mujurlah sekolah baru saja menerima bangunan baru yang mempunyai bilik mesyuarat berhawa dingin, nampak selesa juga mereka beroperasi di bilik ini walaupun pada ketinggian tingkat 4. Saya pula pagi-pagi lagi telah dipantau oleh ketua Nazir. Lega sungguh bila dah selesai...

HAR KETIGA 21 Mac 2012
Masuk saja hari ketiga, bermulalah sesi-sesi perbincangan dan memperjelaskan isu-isu yang bersangkutan hasil pemantauan pihak Jemaah Nazir. Saya mengirakan lebih dari 100 sesi perbincangan diadakan sepanjang sesi pemantauan Nazir kali ini. Bayangkan, kita mempunyai 51 orang guru. Ini bermakna berlaku 51 kali pertemuan post pemantauan PNP, itu belum termasuk hal-hal pentadbiran, Kurikulum, KoKo, HEM dan macam-macam lagi.... Gambar di atas merakamkan sesi perbincangan oleh En Nordin berkaitan PBS dan Pend. Khas yang dihadiri oleh guru-guru pend. khas dan orang-orang kuat PBS. Sebelum tu ucapan tahniah kami kepada unit Pend. khas yang telah diiktiraf kerana dapat menyediakan bilik yang kondusif. Ramai guru juga mula mengambil supplement tambahan. Ini bukannya tanda kami penat, tapi kami kagum dengan cara kerja dan semangat pasukan Jemaah Nazir yang penuh bertenaga serta tidak mahu ketinggalan..... Sebahagian anggota Jemaah Nazir juga mula melawat sekolah-sekolah berhampiran pada hari ini.

HARI KEEMPAT 22 Mac 2012
Hampir keseluruhan guru-guru berjaya dipantau setakat ini. Semua guru subjek mula dipanggil menghadiri sesi perbincangan berkaitan dengan hasil dapat pemantauan PNP guru-guru. Bagi Sujek Sains dan Matematik, kami berbincang di makmal Sains. Manakala subjek-subjek lain di tempatkan di bilik-bilik tertentu. Perbincangan antara subjek tidak dijalankan serentak tetapi mengikut aturan dan susunan masa yang ditetapkan.
Suasana tegang guru-guru pada awal minggu juga mula nampak semakin reda, Para Nazir juga kelihatan semakin mudah didekati. Suara-suara kelakar mula kedengaran dan guru-guru banyak mengambil kesempatan menimba seberapa banyak maklumat dan bimbingan daripada Nazir pada dua hari terakhir pemantauan kali ini.
Sesi perbincangan terakhir yang saya sertai pada hari ini ialah berkaitan subjek PSV dan Pend. Muzik. Majlis berlangsung di bilik muzik.
Kelihatan wajah-wajah guru yang begitu dahagakan ilmu dan maklumat terkini sepanjang sesi perbincangan tersebut.
Pn Rawiyah dan En Hidayat banyak sekali membimbing dan memandu kami cara-cara pelaksanaan PNP dan pengurusan panitia supaya menjadi lebih terurus dan betul serta mematuhi piawaian yang dikehendaki oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

HARI KELIMA 23 Mac 2012
Hari terakhir pemeriksaan penuh Nazir di sekolah kami. Kami dijemput menghadiri sesi laporan ruman hasil pemantauan secara lisan yang dipengerusikan oleh Tn Haji Mohd Zakaria.
Majlis pembentangan rumusan disampaikan secara lisan ini banyak memberi input dan membuka mata pihak sekolah terhadap perkara-perkara yang perlu diperbaiki dan dipertingkatkan lagi pada masa akan datang.
Fail-fail yang disusun di bahagian belakang menandakan berakhirlah sesi pemeriksaan penuh Jemaah Nazir sekolah pada kali ini. Kami merakamkan jutaan terima kasih yang tak terhingga di atas kesudian pihak Tuan/Puan memantau sekolah kami. Sebarang salah dan silap sepanjang Tuan/Puan berada di sini kami dahulukan dengan ucapan ribuan ampun dan maaf. sekian, terima kasih

10 Mac 2012

SK Felda Ulu Tebrau cemerlang di kejohanan olahraga MSSZ Tiram

Kontinjen olahraga dan padang Sk Felda Ulu Tebrau sekali lagi mengharumkan nama sekolah apabila telah berjaya menduduki tempat ketiga keseluruhan. Tahniah dan syabas kami ucapkan kepada para atlit dan pegawai yang terlibat. Sk Felda Ulu Tebrau BOLEH!

04 Mac 2012

Teknik menjawab soalan BM

Satu kursus teknik menjawab BM telah dianjurkan oleh Panitia BM pada hari Sabtu lepas khusus sebagai pendedahan dan pemantapan murid-murid sekolah Felda Ulu Tebrau bagi persediaan menjawab soalan BM

Sudut anti dadah

Sepanjang minggu kempen anti dadah minggu ni, sudut anti dadah sekolah mendapat sambutan luar biasa daripada murid-murid. Pelbagai aktiviti menarik dijalankan termasuklah kuiz anti dadah yang memerlukan murid-murid mengumpul maklumat daripada sudut anti dadah yang disediakan...
Related Posts with Thumbnails