17 Ogos 2009

Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan

Acara: Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah
Tempat: Dataran Ilmu, SKFUT
Masa: 7.15 pagi
Cuaca sungguh baik pada pagi ini seolah-olah turut meraikan majlis yang bakal diadakan. Murid-murid dan guru-guru telahpun berkumpul sejak awal lagi...
Turut tidak ketinggalan menghadiri majlis ini adalah adik-adik dari kelas Pra-sekolah yang telah hadir dengan membawa bendera masing-masing.
Majlis bermula dengan ucapan daripada En Misron dan En Zainal yang telah menyampaikan nasihat dan panduan yang berguna kepada semua.
Paluan kompang terus kedengaran sejurus perasmian majlis dilafazkan. Paluan kompang ini menambahkan lagi kemeriah majlis pada pagi ini.
En Budiman telah dijemput untuk membuat satu penceritaan tentang kemerdekaan.
Majlis turut diserikan dengan persembahan koir oleh murid-murid dari tahun 4 Ibnu Sina
Majlis telah dihangatkan lagi oleh presembahan pendeklamasian sajak oleh En Sahak yang penyampaiannya sungguh mengasyikkan....
Kelihatan di dalam gambar guru-guru sedang asyik menyanyikan rangkaian lagu-lagu patriotik dengan penuh semangat.
Beginilah seronokkanya murid-murid dan guru di acara pelancaran bulan kemerdekaan. Bendera-bendera dikibarkan dengan penuh semangat. Turut kelihatan digambar, Cikgu Fadzli (lahir 31 Ogos 197x) selaku pengacara majlis pada pagi ini.
Majlis yang penuh bermakna dan bererti ini telah disudahi oleh bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Abdullah. Semoga semua yang hadir pada pagi ini merasa gembira dan apa yang penting lagi ialah memahami dan menghargai makna kemerdekaan itu sendiri. Tidak lupa juga terima kasih juga kami kepada semua pihak yang terlibat menjayakan dua majlis besar ini. Merdeka Merdeka Merdeka......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails