12 November 2012

Majlis Anugerah Cemerlang dan Graduasi 2012










Mengecat bangunan sekolah


Kerja-kerja mengecat semakin giat dijalankan...bumbung bangunan pun akan ditukar baru katanya...

Menara yes 4G

Dari sekolah pun dah boleh nampak menara yes 4G kat sekolah menengah sebelah tu...tapi yang tak bestnya sekolah kami belum menerima apa-apa lagi...sedih-sedih

05 November 2012

Muhamad Arif Iskandar johan pertandingan buku skrap Kajian Tempatan daerah P. Gudang 2012


Tahniah diucapkan kepada Muhamad Arif Iskandar B Imran dari kelas 5 Ibnu Sina yang telah berjaya memenangi tempat pertama pertandingan buku skrap Kajian Tempatan daerah Pasir Gudang baru-buru ini...

SK Felda Ulu Tebrau got talent









Dalam kesibukan akhir tahun sempat lagi Panitia Muzik menganjurkan pertandingan talentime siang tadi. Semua yang hadir turut terhibur menyaksikan persembahan rakan-rakan. Tahniah diucapkan kepada penganjur dan semua yang terlibat

Dewan terbuka dah separuh siap



Mercu tanda terbaru sekolah. Kerja-kerja berlangsung dengan cepat tanpa dapat dirasai...tiba-tiba semuanya dah berdiri tegak...cuma parking kereta tu saja yang agak kelihatan usang bila siap saja dewan terbuka tu nanti...

Jamuan Tahun 6, 2012



Jamuan akhir tahun 6 seperti biasa simple-simple saja. Pun begitu, semuanya kelihatan ceria dan bergembira walaupun tak lama lagi result UPSR akan keluar...

Potluck penutup 2012






Terima kasih banyaklah kepada rakan-rakan guru yang selalu membawa makanan ke sekolah. Potluck penutup tahun ni memang meriah. Semoga perkara baik ni diteruskan lagi pada masa akan datang... :)

Cat baru


Dalam kesibukan macam-macam perkara berlangsung di sekolah. Sekolah menerima geran untuk mengexat semula bangunan sekolah...

Pertandingan payung terjun tahun 6








20 Oktober 2012

Merentas Desa- 1 murid 1 sukan SKFUT

 Murid-murid sekolah ni dah pro bila masuk bab senamrobik 1 murid 1 sukan...sambil-sambil meregangkan otot sebelum larian bermula sebentar lagi
 Acara bermula agak lewat sedikit kerana hujan yang turun. Namun tetap diteruskan juga kerana semua telah tak sabar-sabar lagi nak berlari...

 Murid-murid memang sukakan aktiviti 1 murid 1 sukan.



Antara para peserta yang tiba awal. Acara berjalan dengan lancar walaupun agak lewat disebabkan hujan pada awal pagi. Tahniah kepada yang berjaya dan jangan putus asa bagi yang gagal. Tahniah juga diucapkan kepada semua yang menjayakan program larian merentas desa 1 murid 1 sukan kali ini
Related Posts with Thumbnails