11 Ogos 2009

Latihan Sambutan Bulan Kemerdekaan

Ramainya peminat.....
Kelihatan Tn Guru Besar, En Zakaria (kiri) dan Cikgu Sahak (kanan) sedang terpegun dan sedang asyik mendengarkan alunan suara lemak merdu daripada En Zainal (GPK KK).
Latihan-latihan nyanyian semakin kerap dijalankan bertempat di bilik Muzik. Murid-murid dibimbing oleh guru masing-masing sedaya upaya berlatih dengan giat untuk merangkul gelaran juara. Tidak ketinggalan guru-guru yang berkelapangan mengambil kesempatan berlatih. Kelihatan dalam gambar cikgu Fadzli sedang dalam sesi latihan ala AF sambil disaksikan oleh peminat-peminat kecil. AFUNDI Fadzli.
Tidak dinafikan bilik Muzik yang berwajah baru turut menambahkan keselesaan kepada para penggunanya. Kelihatan dalam gambar cikgu Sahak sedang giat berlatih sambil disaksikan oleh para peminatnya. Cayalah pengerusi KEBIRU. Peeewit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails