31 Oktober 2009

Kelas ganti cuti Deepavali

Sekolah berganti pada hari ini kerana telah mengambil cuti pada hari Deepavali yang lepas. Kesempatan ini digunakan oleh guru berbincang pasal peperiksaan yang baru berlangsung. Kelihatan murid-murid sedang tekun membuat ulangkaji dengan bimbingan guru...

Mari menanda

Peperiksaan sudahpun tamat. Tibalah giliran guru menanda dan membuat analisa peperiksaan. Pastinya semua guru sedang giat menyiapkan tugas. Maklumlah analisa kelas masing-masing perlu diserahkan sebelum 5 Nov ini. Terima kasih, cikgu

30 Oktober 2009

7 hari menjelang hari keluarga KEBIRU

Wow....tak berapa hari lagi KEBIRU akan ke Melaka....antara tempat yang bakal dilawati ialah Menara Taming Sari...
Dan juga Melaka River Cruise...anggota KEBIRU boleh memilih untuk mengikuti kumpulan sesi petang atau malam. Yang penting...fulusnya.

28 Oktober 2009

Lega satu bab

Kelihatan En Misron dalam kelegaan selepas sesi penarafan sekolah yang dijalankan semalam. Secara keseluruhannya sekolah kita diletakkan di dalam kumpulan sekolah harapan. Beliau juga mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh semua guru bagi menghadapi sesi penarafan sekolah pada tahun ini.

Peperiksaan Akhir Tahun 2009

Sebahagian daripada pelajar yang sedang tekun menjawab soalan peperiksaan akhir tahun. Peperiksaan akhir tahun bermula dari 27-30 November 2009. Semoga semua pelajar dapat menjawab soalan dengan tenang dan beroleh keputusan yang baik.

26 Oktober 2009

Persiapan akhir penarafan sekolah

Kalau tiada halangan, sekolah akan menerima kunjungan pegawai-pegawai yang akan membuat penarafan sekolah. Kelihatan Cik Siti Hajar dan Pn Nurul Huda sedang giat melengkap apa yang patut. Rakan-rakan lain turut berhempas-pulas menyiapkan laporandan fail yang akan dipantau esok.

Persiapan peperiksan akhir tahun

Peperiksaan akhir tahun akan bermula esok. Soalan-soalan setara JPNJ baru sahaja diterima. Kelihatan Pn Rosmaya selaku Setiausaha peperiksaan dalaman sekolah sedang menyusun kertas-kertas soalan mengikut bilangan pelajar dan kelas.

Laporan analisan peperiksaan pula perlu diserahkan kepada beliau pada atau sebelum 5 November 2009 (Khamis)

25 Oktober 2009

LDP siri 6

Ceramah cara menangani stress telah disampaikan oleh En Budiman. Ramai yang tak kering gusi sepanjang ceramah tersebut.
En A Latif dari MPBP sebagai penceramah slot ke-2 dan di sebelahnya Tn Hj Abd Jalil (berkopiah putih)
Seperti biasa, apabila anda belajar anda memelukan tenaga yang banyak untuk penumpuan yang lebih pada setiap sesi. Makan dan minum guru amat diambil berat sepanjang kursus ini dijalankan. Terima kasih kepada semua yang terlibat sepanjang program ini dijalankan.

24 Oktober 2009

Video pekerja panjat kren

Saya ingin memohon maaf kerana video ini senget sehingga susah ditonton. Tetapi jika anda dapat melihat video ini. Saksikanlah pekerja yang cukup berani memanjat kren yang tinggi tanpa alat keselamatan (tali pinggang)...Kemalangan tak berbau. Beringat dahulu lebih baik daripada menyesal kemudian...

Taklimat pagi Jumaat 23/10

Jangan salah faham. Cikgu Misron bukannya sedang baca ikrar tapi sedang memberi taklimat tentang persiapan sekolah menyambut kehadiran kumpulan penarafan sekolah yang terdiri daripada pegawai-pegawai JPNJ, PPD Pasir Gudang dan guru besar cemerlang yang dijangkakan hadir pada hari Selasa 27/10
Cikgu Zainal pun turut memberikan input tentang keperluan semasa yang perlu disiapkan sebelum hari tersebut.
Sebahagian daripada guru-guru yang mendengar taklimat pada pagi itu. Diharapkan semuanya berjalan lancar dan sekolah kita telah bersedia menerima tetamu pada hari tersebut.

22 Oktober 2009

Nasi kerabu

Erm...nampak sedap betul nasi kerabu ni. Juadah istimewa daripada Ustazah Nik ni bukan calang-calang. Kata bahasa internet..rare. Juadah ini beliau buat khusus untuk (guru-guru) yang teringin nak makan. Semalam dah pekena pelam. Hari ni nasi kerabu pulak...apa pulak rezekinya esok... :)

Jamuan Muhibah Rimup

Pagi-pagi lagi cikgu dan murid-murid RIMUP dah bersedia dengan jersey purple...
Bila dah selesai RIMUP kami dijemput menghadiri jamuan KFC di kelas Pra-Sekolah. Kelihatan boss RIMUP tengah berselera makan sambil ditemani En Khore. En Fahrul pula memilih meja menghadap tingkap. Mungkin perlukan udara segar...
Gembira ada, terharu pun ada...cikgu-cikgu yang bukan RIMUP ni tak tahu apa yang hendak gambarkan apabila dijemput sama ke jamuan ni...rasa macam mengalir jer air mata ni masa makan tadi...huhu...dalam pada tu habis juga 2 ketullll. Memang berbaloi-baloi
Sebahagian daripada orang-orang kuat RIMUP (jersey purple) sedang menjamu selera.
P.s patutnya orang kuat tak perlu makan...sebab dah kuat :)

21 Oktober 2009

Waja Diri Tahun 6

***23/10 GAMBAR IKHSAN DARIPADA PN ZARINA***
*** 22/10 GAMBAR IKHSAN DARIPADA EN FAHRUL***
Tarikh: 21/10/09
Tempat: Balai Raya Felda Ulu Tebrau
Penceramah: Jururawat Kesihatan Ulu Tiram dan Pegawai Polis Ulu Tiram

** Gambar akan disiarkan kemudian...harap bersabar**

Persiapan RIMUP esok

Sempat lagi cikgu-cikgu membungkus dan melabel hadiah untuk para pemenang program pertandingan berpasukan RIMUP esok sebelum berangkat ke Balai Raya FUT untuk program Waja Diri Tahun 6...dengar kata semua AJK pakai baju yang disediakan esok...jom kita tengok esok

pelam pelam

Dah lama tak bawa pelam ke sekolah. Kepada yang berkesempatan dan berminat silakan

20 Oktober 2009

batang cerucuk

Tak banyak yang berlaku di sekolah hari ini. Selain daripada persiapan sebagai tuan rumah program RIMUP pada 22/10 ini. Sesampai saja di sekolah kelihatan batang-batang cerucuk (dalam gambar) sudah pun berada di dalam kawasan sekolah. Papan tanda projek juga telah didirikan...walau bagaimanapun, jentera penanam cerucuk ini belum pernah lagi kedengaran enjinnya dihidupkan...harap-harap semuanya bersedia dengan bunyi

15 Oktober 2009

Program Rimup 15/10/09

Pagi ni juga sekumpulan guru dan murid-murid sekolah ni telah terlibat dengan program RIMUP Pesta Kuih Bulan yang diadakan di SJK(C) Cina Tiram. Rombongan yang diketuai oleh En Budiman ini turut disertai oleh 2 org guru pengiring dan 10 orang murid...

Juadah pagi ini

Pagi-pag lagi Ustazah Yati telah menyediakan hidangan pembuka selera, gabungan roti dan serunding daging....
Eh! apa pula ni? Pn Puziah pun datang membawa hidangan yang merupakan laksa penang...berasap-rasap lagi
Ustazah Yati dan teacher Zarina kelihatan sedang meninjau-ninjau apa yang patut....
Erm....tak ketinggalan juga Pn Fadzilah turut membawa juadahnya yang merupakan kuih cheese tart....mujurlah saya puasa hari ni...huhu

Taklimat pertandingan

Beginilah sebahagian daripada para peserta yang sedang tekun mendengar taklimat daripada En Fazli selaku pegawai pertandingan.

14 Oktober 2009

Kantin Segera (Bhg 2)

Beginilah keadaan bagunan kantin sementara sekolah yang masih dalam pembinaan. Mungkin sehari dua lagi murid-murid sudah boleh menggunakan kantin baru ini....bagaimanapun perlu diberi perhatian, sekitar kawasan kantin banyak lopak air bertakung apabila hujan turun.

Sekitar pertandingan bola sepak tahun 6

Pagi-pagi lagi cikgu Fadzli telah menampal jadual perlawanan bolasepak untuk rujukan para peserta.
Murid-murid kelihatannya begitu teruja mengikuti pertandingan pada kali ini. Bolehlah dikatakan hampir 99% murid tahun 6 terlibat dengan kejohanan pada kali ini.
Taklimat dan penerangan amat penting untuk sesebuah kejohanan. Semoga semua yang terlibat dapat bertanding secara sihat dan majulah sukan untuk semua.

Menyediakan air minuman pertandingan

Ustaz Lah ditugaskan untuk membuat air minuman untuk para peserta pertandingan. Bila saja berkaitan dengan makan minum tentu saja cikgu-cikgu perempuan ni banyak dia punya tips. Kelihatan digambar Ustaz Lah hampir kehabisan gaya kerana asyik mendengar tips-tips dari mereka. Cikgu Fadzilah pula cuba menyembunyikan diri dari lensa kamera dan cikgu Yazid sukar sekali menyembunyikan dirinya....
Sedang asyik menyediakan air, sempat lagi Ustaz Lah menerima kelas ganti untuk beliau. Cayalah bro.

Gambar pasukan-pasukan bola sepak tahun 6

13 Oktober 2009

kabin belajar

Dalam perjalanan pulang, saya tertarik dengan deretan kotak penghawa dingin yang diletakkan di pondok bacaan.
Rupa-rupanya kerja-kerja memasang penghawa dingin sedang dijalankan. Sila perhatikan betul-betul. Terdapat tikar getah yang sediakala terpasang di dalam kabin ini.
Sempat juga saya merakamkan ruang dalam kabin belajar ini. Saya menjangkakan kabin ini boleh memuatkan sehingga 30-40 pelajar. Setakat ini pihak kontraktor belum lagi membuat penyerahan kabin ini. Kelas mana yang bakal belajar di sini juga belum diketahui umum.
Related Posts with Thumbnails