22 Mei 2011

Gotong royong perdana 21 Mei 2011

Selepas taklimat apa lagi ambillah plastik sampah masing-masing
cikgu-cikgu sedang menunjuk cara merumput kepada murid-murid
sama-sam bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah
guru-guru dan murid-murid diagih-agihkan mengikut kawasan kerja
jangan curi-curi tulang ye...
tapi bukan semua suka gambar mereka diambil
nasib baik kamera ok...bole ambil gambar dari jarak jauh...
maklumlah, siapa yang nak pakai glam-glam nak buat kerja-kerja macam ni
tau tak siapa di sebalik pokok ni?
yang ni?
walaupun matahari mula meninggi semua yang hadir memberikan komitmen 100% semasa membersihkan kawasan sekolah....SYABAS
Murid-murid juga memberikan komitmen yang tinggi menjayakan program ini
Sebahagian guru dan murid yang sempat mengambil gambar kenang-kenangan menjayakan program gotong-royong perdana tahun ini...kalau nak tahu kehadiran sila semak senarai kedatangan ye. Terima kasih.
Setelah penat bekerja keras. Guru-guru dan murid dihidangkan dengan sebungkus nasi lemak dan mee hoon goreng....
Seperti biasa kerja-kerja mengedarkan makanan ni memang cikgu-cikgu da pakar sangat
Semua yang hadir menjamu selera sebelum pulang....

Lagi motivasi untuk UPPM2

Jumaat lepas murid-murid dikumpulkan untuk satu taklimat motivasi ringkas daripada kaunselor sekolah...semua murid kelihatan penuh bersemangat dan bermotivasi tinggi untuk menghadapi UPPM2 bermula Selasa depan
Yang kurang semangatnya ialah guru kerana bulan ni dah masuk 3 kali hari Sabtu bertugas....

Susu sekolah

Muka-muka ceria gang susu sekolah. Siapa yang tak suka minum susu. Eeerm sedapnya. Moooooo

16 Mei 2011

Master Chef Hari Guru SKFUT 2011

Barangkali ini adalah sambutan hari guru yang terbaik diadakan di sekolah ini...
Satu pertandingan ala master chef yang disertai oleh kira-kira 50 orang guru dan staf sekolah mengikut 5 kumpulan masing-masing.
Acara-acaranya ialah;
1. Gubahan buah tembikai
2. Masak ayam
3. Nasi Goreng
4. Hidangan makanan...
Walaupun pertandingan dijalankan di bawah garaj kereta, namun para peserta telah menunjukkan komitmen yang tinggi dan semangat bersaing yang kuat...
Ada pasukan yang seragam apron dan topi
Setiap kumpulan dianggotai oleh lelaki dan perempuan mengikut undian yang telah dijalankan terlebih dahulu.
Sekali-sekala bertukar angin memang menyeronokkan..
pasukan yang hanya mahu dikenali dengan nama pasukan selempang...
Masing-masing menunjukkan kreativiti dan bakat terpendam.
Pertandingan bermula 9.45 pagi dan tamat sekitar 12.15 tengahari
Ramai yang otai-otai turut tidak kedekut ilmu memasak hari ini...
Semuanya nampak happy walaupun banyak persediaan yang perlu dibuat untuk acara ini...
Murid-murid pun tekun dan berdisiplin mengikuti acara yang berlangsung.
Sebahagian daripada hasil-hasil kumpulan yang bertanding.
Cikgu Misron sudah mula memasak....Cikgu Jai pula asyik membebel saja sambil mengepit beg tangan merah.
Siapa yang tak mahu bergambar dengan Panglima ATM....hehe
Kalau boleh para juri yang mengadili pertandingan hendak disuapkan makanan...
Habis saja juri mengadili...murid-murid terus serbu nak rasa masakan cikgu mereka
..cepat-cepat...jangan lepaskan peluang
Pihak KEBIRU ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada tahun ini. Kerjasama dan sikap positif tuan/puan amatlah dihargai. Tanpa kerjasama dan bantuan daripada semua pihak majlis ini mungkin tidak dapat dilaksanakan. Terima kasih juga kepada En Zakaria Bahron Guru Besar SK Felda Ulu Tebrau, PIBG, pengurusan Utusan Malaysia, pengusaha kantin dan semua guru dan staf, ibubapa dan murid-murid.

Cenderahati hari guru

Pihak PIBG turut tidak ketinggalan memberikan buah tangan sempena hari guru yang telah disampaikan oleh para pengawas sekolah.
Pihak pentadbir juga turut menyampaikan cenderahati...
Cikgu Zakarian dan cikgu Misron mirip pegawai tentera darat lengkap beruniform...hebat bro.

Sekitar sambutan Hari Guru 2011

16 Mei tiba lagi ....
Semuanya nampak ceria
Seronoknya...
Belum lagi majlis bermula...sesi bergambar dulu ye. Harap semua bersabar..
Agak-agaknya warna apa yang dominan pada hari ini ?
Di kala semua sekolah telah ada dewan terbuka mahupun yang tertutup, sekolah kami masih lagi dengan dataran kejat. Harap-harap akan ada pihak yang terbaca artikel ini yang akan membantu membiayai pembinaan dewan terbuka...
Semua guru mengambil tempat sebelum menyanyikan lagu Guru Malaysia.
AJK PA yang memang sentiasa komited dengan tugas...
Acara tradisi bersalaman...
Mana-mana yang terima hadiah sedikit saja anggaplah sudah suratan. InsyaAllah di tahun hadapan rezeki anda bertambah. Terima kasih semua. selamat Hari Guru
Related Posts with Thumbnails