Memaparkan catatan dengan label Sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sekolah. Papar semua catatan

12 November 2012

Majlis Anugerah Cemerlang dan Graduasi 2012










Mengecat bangunan sekolah


Kerja-kerja mengecat semakin giat dijalankan...bumbung bangunan pun akan ditukar baru katanya...

Menara yes 4G

Dari sekolah pun dah boleh nampak menara yes 4G kat sekolah menengah sebelah tu...tapi yang tak bestnya sekolah kami belum menerima apa-apa lagi...sedih-sedih

05 November 2012

SK Felda Ulu Tebrau got talent









Dalam kesibukan akhir tahun sempat lagi Panitia Muzik menganjurkan pertandingan talentime siang tadi. Semua yang hadir turut terhibur menyaksikan persembahan rakan-rakan. Tahniah diucapkan kepada penganjur dan semua yang terlibat

Cat baru


Dalam kesibukan macam-macam perkara berlangsung di sekolah. Sekolah menerima geran untuk mengexat semula bangunan sekolah...

20 Oktober 2012

Pembinaan Dewan Terbuka sekolah telah bermula

 Akhirnya impian menjadi kenyataan. Sekolah SKFUT telah menerima dewan terbuka yang selama ini dicita-citakan. Tapi dalam proses tersebut, pondok bacaan terpaksa dikorbankan untuk memberi laluan kepada pembinaan dewan terbuka ini. Semoga dengan adanya dewan terbuka ini akan memberikan semangat baru yang segar kepada semua warga SKFUT. Amin





28 September 2012

Berkebun selepas UPSR




Antara program selepas UPSR untuk murid-murid tahun 6 kelolaan Panitia KH ialah berkebun. Murid-murid  kelihatan sungguh bersemangat menjayakan projek menanam sayur...

15 September 2012

Gotong-royong tahun 6




Sehari selepas UPSR, murid-murid telah hadir semula ke sekolah untuk menjayakan program gotong-royong. Bermula dengan mengemas semula dean dan bilik darjah untuk kegunaan harian, murid-murid dibahagi-bahagikan mengikut kumpulan untuk mengemas bilik-bilik khas.Terima kasih dan syabas kami ucapkan kepada semua yang membantu...

Kenangan UPSR 2012...


 Murid-murid tahun 5 membantu mnegemas dewan dan bilik-bik peperiksaan dengan pengawasan guru-guru pada hari Isnin 10 Sept 2012

 11 Sept...tarikh keramat yang dinanti-nantikan. Semua calon UPSR hari ini buat kali pertama akan menduduki UPSR. En Mohamad B Mahmud wakil PPD Pasir Gudang turut hadir memantau perjalanan UPSR sekolah kami hari ini.

 12 Sept... cuma satu kertas saja hari ini...murid-murid kelihatan fokus


13 Sept... hari terakhir peperiksaan. Hari penuh stress kerana terdapat 4 kertas peperiksaan dan berakhir sehingga pukul 4 petang. Murid-murid selain diberi sarapan pagi pada setiap hari peperiksaan, murid-murid juga diberikan makan tengahari pada hari terakhir ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak. Tanpa kerjasama dan sokongan semua pihak, mungkin sukar untuk kami menguruskan perjalanan peperiksaan UPSR tahun ini. Terima kasih

06 September 2012

Solat Hajat Perdana UPSR 2012




Majlis berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambuatan yang menggalakkan.  Semoga usaha dan doa kita ini dimakbulkan Allah hendaknya.
Related Posts with Thumbnails