28 Ogos 2009

Perkara yang Boleh dan TIDAK BOLEH dilakukan menjelang peperiksaan

PERKARA YANG BOLEH DAN TIDAK BOLEH DILAKUKAN MENJELANG PEPERIKSAAN:

YANG BOLEH:

1. Rancang ulang Kaji
Masih belum terlambat untuk membuat ulang kaji. Rancang jadual ulang kaji anda secara tersusun.Minta nasihat guru untuk membantu anda menyusun jadual ulang kaji anda jika tidak mampu atau tidak tahu bagaimana mahu melakukannya.

2. Susun bahan ulang kaji.
Pastikan buku, nota dan apa sahaja bahan rujukan dan ulang kaji anda berada dalam bentuk yang mesra pengguna. Maksudnya, susun ikut kepentingan sesuatu topik.

3. Cari kaedah terbaik
Sehingga kini, pastinya anda telah mengenali dengan sebaik-baiknya bagaimana kaedah yang sesuai untuk anda mengulangkaji. Buatkan ketetapan dan ikut kesesuaian anda. Elakkan daripada mengubah kesesesuaian anda mengulangkaji di saat-saat akhir.

Ketika membuat ulang kaji, jangan panik jika anda tiba-tiba tidak memahami sesuatu perkara. Cepat-cepat rujuk guru atau rakan-rakan yang lebih mengetahui. Jika anda tidak menyelesaikannya, ia mungkin boleh menganggu kosentrasi anda untuk meneruskan dengan perkara-perkara yang lain.

YANG TIDAK BOLEH:

1. Ulang kaji saat akhir
Jangan buat ulang kaji di saat-saat akhir seperti sehari sebelum peperiksaan. Ia akan meletakkan anda dalam keadaan yang sangat tertekan terutamanya apabila anda mengetahui masih banyak yang belum ada fahami mengenai sesuatu perkara. Jangan berasa terlalu tertekan untuk menghadapi peperiksaan. Ia adalah sebahagian daripada proses pembelajaran yang perlu ditempuhi oleh semua orang. Tidak cemerlang dalam peperiksaan bukanlah penamat dalam hidup anda. Yang penting anda berusaha dan mencuba sedaya upaya. Selalu bayangkan diri berjaya dan bukannya membayangkan apa akan jadi jika anda gagal.

2. Pesanan SEMASA PEPERIKSAAN
Baca arahan dengan betul dan tenang. Jangan panik jika ada yang anda tidak faham atau di luar jangkaan anda. Tanya dengan guru pengawas yang bertugas mengenai apa sahaja arahan yang anda rasa ragu. Jangan sesekali fikir akan ditertawakan dengan soalan-soalan anda itu. Lebih baik bertanya daripada melakukan kesalahan. Jika anda mahu lebih berhati-hati, baca soalan dua kali terutamanya soalan-soalan yang beraras sukar. Rancang masa yang anda perlukan untuk menjawab soalan-soalan. Beri masa yang lebih kepada soalan-soalan yang beraras sukar. Tapi jangan terlalu lama.

Anda boleh kembali semula kepada soalan ini kemudian. Jika benar-benar buntu, guna logik akal dan buat tekaan bijak. Lebih baik mencuba daripada membiarkan kosong tanpa jawapan.

3. Pesanan penting SELEPAS PEPERIKSAAN
Jangan membincangkan semula jawapan dengan rakan-rakan anda. Ia akan menyebabkan anda lebih bimbang untuk menghadapi kertas-kertas lain selepas itu. Yang berlalu, biarlah berlalu. Ingat, anda tidak boleh lagi mengubah jawapan yang telah anda berikan setelah peperiksaan tamat. Beri tumpuan kepadakertas-kertas yang akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails