13 Ogos 2009

Ceramah kebersihan diri (H1N1)

Pada hari ini Unit Kesihatan SKFUT dengan kerjasama Klinik Kesihatan Ulu Tiram telah mengadakan sesi ceramah kesihatan untuk semua murid. Memandangkan wabak H1N1 sedang menular ceramah ini bolehlah dianggap wajar. Kelihatan En Budiman (GPK Hem) sedang sibuk menguruskan murid-murid. Beliau kelihatan sungguh lincah dan bertenaga
Memandangkan cuaca yang agak panas, ceramah ini terpaksa diadakan sebanyak dua sesi di makmal komputer. Kelihatan orang-orang kuat Unit Kesihatan iaitu En Yazid dan En Nor Khairi sibuk menguruskan kedudukan murid-murid dan sistem PA.
Terima kasih kami yang tidak terhingga kepada para penceramah iaitu jururawat-jururawat dari klinik kesihatan Ulu Tiram kerana sanggup ke mari walaupun sibuk dengan tugas-tugas seharian.
Beginilah keadaannya suasana bilik komputer yang penuh dengan murid-murid yang datang mendengar ceramah tersebut. Adalah diharapkan murid-murid dapat mengambil pengajaran dan mempraktikkan segala panduan yang diberikan....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails