30 Ogos 2009

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kali ke-52

Selamat menyambut ulangtahun hari kemerdekaan kali ke-52

28 Ogos 2009

Sehari sebelum peperiksaan

1. Pastikan semua peralatan peperiksaan seperti pen, pensil, pembaris serta kad pengenalan dan slip peperiksaan disediakan

2. Selepas solat maghrib, lakukan solat hajat 2 rakaat dan teruskan dgn bacaan yassin mohon agar Allah berikan ketenangan dan kemampuan menjawab soalan dgn sempurna.

3. Pastikan tidur yang mencukupi..ia penting bagi badan dan otak cergas utk hadapi peperiksaan.

4. Pastikan diri tidak tertekan dgn membuat ulangkaji disaat akhir…pelajar cemerlang sentiasa bersedia awal menghadapi peperiksaan.

5. Sebaik-baiknya pada pagi sebelum ke sek..solat Subuh berjemaah dgn keluarga dan mohon restu dari kedua ibu dan ayah..

6. Langkah keluar rumah dgn kaki kanan sambil membaca doa tertentu utk selamat sampai ke sek. dan diberi kekuatan menjawab soalan dgn cemerlang…

Apa perlu dibuat menjelang peperiksaan?

1. Anda seharusnya cuma mengulang kaji nota – nota yang telah anda sediakan, bukan lagi membaca buku – buku teks. Mengulangkaji secara berkumpulan juga lebih menyeronokkan.

2. Bertukar – tukar pendapat dan pandangan antara satu sama lain kerana banyak manfaatnya.

3. Setelah menerima jadual waktu peperiksaan, semak tempat peperiksaan anda yang sebenarnya dengan teliti.

4. Tandakan mata pelajaran, masa dan tarikh peperiksaan mata pelajaran berkenaan yang ada pad jadual itu dengan dakwat merah supaya tidak terlepas daripada perhatian anda.

5. Sementara menanti bermulanya peperiksaan, rujuk nota anda sepintas lalu. Ini untuk menyegarkan kembali ingatan anda tentang topik pelajaran yang bakal disoal nanti.

6. Elakkan daripada berbual – bual kosong kerana tidak mendatangkan faedah.

Tips Kesihatan Menjelang Peperiksaan

a. Cuaca

i. Pastikan anda tidak terdedah dengan perubahan cuaca seperti hujan dan panas untuk mengelakkan daripada dihinggapi pelbagai jenis penyakit

b. Waktu Rehat

i. Walaupun anda perlu menggunakan setiap ruang masa untuk belajar tetapi anda juga perlu berrehat yang secukupnya mengikut waktu yang tertentu

ii. Anda perlu tidur dalam jangka masa 6 hingga 7 jam. Ini penting untuk mengelakkan daripada keletihan dan mengantuk.

c. Makanan.

i. Pastikan anda mendapat makanan seimbang seperti minum susu, sayur-sayuran dan buah-buahan.

ii. Elakkan daripada makan makanan ringan seperti jeruk, minuman bergas dan sebarang makan yang memberi kesan ketidakselesaan pada perut.

iii. Elakkan daripada makan makanan yang terlalu berat seperti nasi lemak atau pulut yang boleh mendatangkan rasa keletihan kerana terlalu kekenyangan.

d. Emosi.

i. Pastikan anda berada di dalam keadaan tenang dan ceria.

ii. Keadaan yang tenang boleh membantu anda berfikir dengan lebih baik. Ingat! Kebanyakan soalan memerlukan anda berfikir sebelum menjawab.

iii. Keadaan yang cemas menyebabkan anda tidak mampu berfikir panjang, mengakibatkan anda tidak mampu menjawab soalan, rasa kurang yakin serta mudah putus asa.

iv. Jangan berkelakuan tidak sopan atau melakukan apa-apa tindakan yang boleh menimbulkan rasa marah oleh guru, rakan dan ibubapa. Keadaan dan suasana begini boleh mencetuskan ketegangan dan berakhir dengan tekanan emosi.

v. Banyak bersabar serta berdoa kepad Allah agar segala usaha yang dilakukan selama ini dapat diberkatiNya.

Perkara yang Boleh dan TIDAK BOLEH dilakukan menjelang peperiksaan

PERKARA YANG BOLEH DAN TIDAK BOLEH DILAKUKAN MENJELANG PEPERIKSAAN:

YANG BOLEH:

1. Rancang ulang Kaji
Masih belum terlambat untuk membuat ulang kaji. Rancang jadual ulang kaji anda secara tersusun.Minta nasihat guru untuk membantu anda menyusun jadual ulang kaji anda jika tidak mampu atau tidak tahu bagaimana mahu melakukannya.

2. Susun bahan ulang kaji.
Pastikan buku, nota dan apa sahaja bahan rujukan dan ulang kaji anda berada dalam bentuk yang mesra pengguna. Maksudnya, susun ikut kepentingan sesuatu topik.

3. Cari kaedah terbaik
Sehingga kini, pastinya anda telah mengenali dengan sebaik-baiknya bagaimana kaedah yang sesuai untuk anda mengulangkaji. Buatkan ketetapan dan ikut kesesuaian anda. Elakkan daripada mengubah kesesesuaian anda mengulangkaji di saat-saat akhir.

Ketika membuat ulang kaji, jangan panik jika anda tiba-tiba tidak memahami sesuatu perkara. Cepat-cepat rujuk guru atau rakan-rakan yang lebih mengetahui. Jika anda tidak menyelesaikannya, ia mungkin boleh menganggu kosentrasi anda untuk meneruskan dengan perkara-perkara yang lain.

YANG TIDAK BOLEH:

1. Ulang kaji saat akhir
Jangan buat ulang kaji di saat-saat akhir seperti sehari sebelum peperiksaan. Ia akan meletakkan anda dalam keadaan yang sangat tertekan terutamanya apabila anda mengetahui masih banyak yang belum ada fahami mengenai sesuatu perkara. Jangan berasa terlalu tertekan untuk menghadapi peperiksaan. Ia adalah sebahagian daripada proses pembelajaran yang perlu ditempuhi oleh semua orang. Tidak cemerlang dalam peperiksaan bukanlah penamat dalam hidup anda. Yang penting anda berusaha dan mencuba sedaya upaya. Selalu bayangkan diri berjaya dan bukannya membayangkan apa akan jadi jika anda gagal.

2. Pesanan SEMASA PEPERIKSAAN
Baca arahan dengan betul dan tenang. Jangan panik jika ada yang anda tidak faham atau di luar jangkaan anda. Tanya dengan guru pengawas yang bertugas mengenai apa sahaja arahan yang anda rasa ragu. Jangan sesekali fikir akan ditertawakan dengan soalan-soalan anda itu. Lebih baik bertanya daripada melakukan kesalahan. Jika anda mahu lebih berhati-hati, baca soalan dua kali terutamanya soalan-soalan yang beraras sukar. Rancang masa yang anda perlukan untuk menjawab soalan-soalan. Beri masa yang lebih kepada soalan-soalan yang beraras sukar. Tapi jangan terlalu lama.

Anda boleh kembali semula kepada soalan ini kemudian. Jika benar-benar buntu, guna logik akal dan buat tekaan bijak. Lebih baik mencuba daripada membiarkan kosong tanpa jawapan.

3. Pesanan penting SELEPAS PEPERIKSAAN
Jangan membincangkan semula jawapan dengan rakan-rakan anda. Ia akan menyebabkan anda lebih bimbang untuk menghadapi kertas-kertas lain selepas itu. Yang berlalu, biarlah berlalu. Ingat, anda tidak boleh lagi mengubah jawapan yang telah anda berikan setelah peperiksaan tamat. Beri tumpuan kepadakertas-kertas yang akan datang.

Tips Semasa Peperiksaan

1. Datanglah dengan cukup bersedia dan lebih awal.

Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan, seperti pensel, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan.

2. Tenang dan percayakan diri anda.
Ingatkan diri anda bahawa anda sudah siap sedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik.

3. Bersantailah tapi berhati-hati.
Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan menegak.

4. Prebiu soalan-soalan terlebih dahulu.
Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan secara mendalam, tanda kata-kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dulu, baru soalan yang sukar. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang mungkin akan digunakan sebagai jawapan.

5. Jawab soalan secara strategik.
Mulai dengan menjawab soalan mudah yang anda tahu, kemudian dengan soalan yang mempunyai markah banyak. Soalan terakhir yang seharusnya anda jawab adalah soalan paling sukar, yang memerlukan masa yang lebih panjang untuk menulis jawapannya, tetapi mempunyai markah sedikit.

6. Semasa menjawab soalan aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih.
Mula-mula, abaikan jawaban yang anda tahu salah. Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang anda lakukan.

7. Semasa menjawab soalan esei/struktur, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis.
Buat rangka karangan untuk esei dengan mencatat dulu beberapa idea yang akan ditulis. Kemudian susun isi-isi itu mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu. Atau kenalpasti pemboleubah pada soalan sains TTC/TOM/TTK

8. Semak jawapan.
Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas.

Strategi Menjawab Soalan Peperiksaan

Berikut adalah beberapa strategi menjawab soalan semasa peperiksaan. Antaranya ialah:

1. Jangan gopoh ketika membuat pengiraan dan memilih jawapan.
2. Untuk mengelakkan pembaziran masa, jawab soalan yang difikirkan mudah terlebih dahulu.
3. Peruntkkan masa bagi menjawab sesuatu soalan hendaklah sesuai dengan peruntukkan markah bagi soalan berkenaan.
4. Semak semula semua soalan dan jawapan, jika masa mengizinkan.
5. Calon-calon dinasihatkan supaya membaca dan memahami semua arahan di muka hadapan kertas soalan.

Kelemahan Umum Menjawab Soalan Peperiksaan

Beberapa kelemahan atau kesalahan umum calon di dalam peperiksaan yang telah dikenal pasti. Antaranya ialah:

1. Menjawab soalan dengan terlalu gopoh.
2. Tidak memahami kehendak soalan
3. Cuai semasa menjawab soalan
4. Tidak mempunyai kaedah penyelesaian yang sistematik dan teratur.
5. Lemah dalam kemahiran mengira dengan cepat.
6. Tidak menjawab mengikut kehendak soalan.
7. Membuang masa atau tidak pandai merancang dan mengagihkan masa mengikut kehendak soalan dan peruntukan markah.
8. Tulisan tidak kemas dan sukar dibaca. Angka-angka tidak ditulis dengan jelas.

26 Ogos 2009

Persembahan Menarik Nyanyian Lagu Patriotik

Masih anda teringat-ingatkan persembahan penuh bertenaga daripada cikgu Sahak pada pertandingan nyanyian lagu patriotik yang lepas. Sebagai pengubat rindu pada suasana persekolahan dan untuk menghilangkan kebosanan bercuti marilah kita ikuti detik-detik manis persembahan hebat beliau.
Belum pun cikgu Yazid habis menyanyi, cikgu Sahak dah tak sabar-sabar lagi nak naik ke pentas...
Langkah penuh terketar-ketar (lagak orang tua siap dengan tongkat sekali) lalu disambut pengacara majlis cikgu Fadzli
Rupa-rupanya nak nyanyi lagu "Malaysia Baru"
Eh! ni apa pulak gaya ni. Siap tanggal kain dan campak songkok...bahaya tu bro
Siap dengan penari latar tu...yang seorang tu siap berkebaya dan yang seorang lagi tu macam malu-malu je...tapi cikgu Sahak baru aja nak panas...tengoklah sempat tarik suara lagi
Akhirnya Mak Cik ni datang siap dengan cekek pinggang sekali di akhir nyanyian...perghhh..
Juri dan para penonton turut terhibur dengan persembahan tadi....Tapi, adakah cikgu Sahak bakal bergelar JUARA pertandingan nyanyian lagu patriotik pada kali ini??? Kita tunggu keputusannya pada hari penutup bulan kemerdekaan nanti....Tungguuuuuu

24 Ogos 2009

Bangunan Lama...tinggal kenangan


Tidak berapa hari lagi bangunan lama yang telah banyak berjasa kepada kita akan dirobohkan. Bangunan yang telah berusia lebih 40 tahun ini telah menjadi sebahagian daripada sejarah sekolah ini. Begitu banyak sekali jasanya kepada kita. Di sini saya sempat merakamkan beberapa keping gambar bangunan ini pada hari terakhir persekolahan sebelum cuti sekolah (Ramadan). Biarpun hati merasa amat gembira dengan kehadiran bangunan yang baru tetapi tercalit jua rasa sedih dan rindu kerana terpaksa berpisah dengan nostalgia indah ini.......

22 Ogos 2009

Keputusan Undian Pertandingan Nyanyian Antara Guru dan Staf

Berikut adalah senarai nama peserta pertandingan nyanyian tempohari dan jumlah undi yang diterima. Jumlah undian ini akan ditambah dengan markah juri untuk markah keseluruhan. Terima kasih kepada para pengundi. Undi anda kami hargai.....

En Zainal (7)
En Misron (7)
En Budiman (15)
En Sahak (28)
En Fadzli (22)
En Shaharuddin (19)
En Yazid (33)
En Faisal Affendi (22)
Pn Puziah (9)
Pn Rosmaya (18)
Pn Rosnah (10)
Pn Marlina (25)

21 Ogos 2009

Pindah barang siri 2

Hari ini turut berlangsung acara memindahkan barang sesi kedua. Kali ini perkhidmatan lori turut digunakan untuk mengangkut peralatan yang berat terutamanya almari besi dan almari buku. Perkhidmatan lori ini telah diperolehi hasil sumbangan Tok Penghulu Felda Ulu Tebrau, Tuan Haji Abdul Jalil.
Murid-murid turut terlibat semasa proses mengangut ini. Guru-guru yang berkelapangan turut sama membantu. Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang terlibat....

Apam ENO dan nasi biriani


Cikgu Fadzilah memang tidak pernah menghampakan para peminat. Hari ini beliau menampilkan satu resipi mudah yang sungguh menarik iaitu kuih apam ENO. Lazat sekali....
Ustaz Abdullah juga turut mengambil kesempatan besedekah dengan nasi biriani yang sungguh lazat. Semoga para penyumbang dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.

Solat Hajat Perdana

Aktiviti: Solat Hajat Perdana
Anjuran: Panitia Agama Islam dan PIBG SKFUT
Tarikh: 20/08/09
Tempat: Dewan Titian Tebrau SKFUT
Satu lagi usaha yang dilakukan untuk mencapai kejayaan yang cemerlang di dalam UPSR ialah dengan mengadakan solat hajar. Murid-murid sememangnya telah mengadakan solat hajat setiap hari Jumaat. Program ini turut disertai AJK PIBG, guru-guru,ibubapa dan murid-murid. Terima kasih kepada semua yang hadir.

20 Ogos 2009

Kucing liar

Sungguh comel dan jinak kucing-kucing ini. Dari hari ke hari bilangan kucing-kucing liar ini semakin bertambah . Dianggarkan sekitar 10 ekor kucing liar yang aktif di persekitaran sekolah. Hal ini tidaklah begitu menyenangkan. Dengan kesan peninggalan kucing ini yang tidak mengenal tempat malah ada yang berani mengemas bilik guru dan mensabotaj PNP. Sesuatu perlu dilakukan. Arrrgh

Pemasangan bendera dan bunting

Tidak dinafikan sekolah agak sibuk sejak kebelakangan ini. Hari ini bunting dan bendera telah dihias di sekeliling sekolah bagi menceriakan lagi sambutan bulan kemerdekaan.
Tiga petugas penting yang terlibat ialah En Zainal, En Fadzli dan En Hanafi. Kelihatan En Hanafi sedang memasang bunting di sudut hadapan bertentangan dengan tapak perhimpunan. Hati-hati kau jang....
Mujur juga ada di antara petugas ini yang mempunyai ketinggian yang mencukupi. Oleh itu tak perlulah lagi kerusi dan bangku digunakan untuk memasang bendera tersebut. Memang pemilihan telah dibuat dengan tepat sekali.

skt oh skt

Demam SKT telah pun mula melanda sekolah sejak kebelakanagn ini. Guru-guru pun mulalah sibuk melengkapkan apa yang patut di dalam borang yang telah diedarkan. Diucapkan selamat mengisi....jangan biarkan satu ruang kosong pun ok.

Snek Sagu

Seperti mana yag telah dijanjikan semalam, Ustazah Siti Hajar telah membawa snek Sagu dari Sarawak. Boleh tahan juga rasanya...cuma yang tak tahan yang membelinya...Apa-apa pun terima kasih

19 Ogos 2009

Cikgu dan murid-murid yang rajin

video
Terima kasih semua.....

Pindah barang Siri 1

Siri pertama acara memindahkan barang-barang sekolah ke tempat yang baru telah bermula hari ini. Pihak sekolah telah kesuntukan masa kerana bulan Ramadan hampir tiba dan murid-murid juga sedang terlibat dengan ujian bulanan
Murid-murid sentiasa besedia memberikan pertolongan dan memindahkan barang-barang ke tempat yang telah ditetapkan seperti ke makmal komputer dan bilik pendidikan khas.
Beginilah keadaan makmal komputer yang dipenuhi dengan barang-barang dari bilik media, bilik muzik dan makmal sains.
Kelihatan di gambar, Cikgu Izardi sedang tertunduk lemah dan pilu kerana terpaksa berpisah dengan makmal yang banyak membawa nostalgia kepada beliau
Beginilah pula bilik kemahiran hidup yang sedang dalam proses pemindahan barang-barang dan alatan.
Bilik media ini pula merupakan antara bilik yang agak sukar dikemaskan kerana terlalu banyak barang-barangnya....
Tuan Guru Besar, En Zakaria turut turun padang memberikan nasihat dan tujuk ajar apa yang perlu dibuat sepanjang kerja-kerja pemindahan barang ini. Kerja-kerja pemindahan barang-barang ini akan berlanjutan sehingga ke 24hb ini. Segala pertolongan dan bantuan yang diberikan guru-guru dan murid-murid amatlah dihargai....Diharapkan semua yang terbabit dapat menjaga keselamatan mereka semasa menjalankan tugas.

Kuih Cincin dan Buah Kurma

Ustazah Siti Hajar yang baru pulang dari Melaka telah membawa kuih istimewa yang dibelinya di sebuah Expo Perdagangan di Melaka. Kuih ini dinamakan kuih cincin yang datangnya sari negeri Sabah. Ustazah Siti Hajar telh berjanji akan mebawa kuih dari Sarawak pula pada hari esok. Pastikan jangan sampai terlepas....
Ramadan yang bakal tiba ini juga tidak sempurna kalau tdak ada buah kurma. Buah kurma ini adalah pemberian Pn Rozita kepada murid-murid 6 Ibnu Sina. Sempat juga saya merasa sebiji dua buah kurma ini, dan kualitinya memang sungguh bermutu sekali. Anda harus mencuba jika berkesempatan....

Mentor Menti

Program mentor menti adalah sebahagian daripada usaha pihak sekolah untuk meningkatkan penguasaan murid-murid khususnya dari tahun 6. Kelihatan di gambar Cikgu faisal Affendi sedang membimbing mentinya dalam subjek Matematik. Diharapkan murid-murid dapat mengambil kesempatan ini untuk menambahkan kefahaman di dalam pelajaran

18 Ogos 2009

Ujian Percubaan UPSR (UPPM 4)

Sepanjang 3 hari bermula dari 18-20 Ogos, murid-murid tahun enam terlibat di dalam peperiksaan percubaan UPSR kendalian JPNJ. Murid-murid dari aliran lain juga akan turut terlibat di dalam ujian bulanan. Diharapkan murid-murid telah bersedia menduduki peperiksaan. Selamat maju jaya.
Related Posts with Thumbnails