04 Ogos 2009

Kem Motivasi Kecemerlangan UPSR 2009

Tarikh: 31 Julai - 1 Ogos 2009
Tempat: SK Felda Ulu Tebrau
Penceramah: Tn. Hj Othman Bin Ahmad
Anjuran: Unit Kurikulum & Kaunseling Sk Felda Ulu Tebrau

Program kecemerlangan UPSR 2009 kali ini berlangsung sepanjang dua hari dan satu malam. Seramai 60 orang murid lelaki dan 53 orang murid perempuan telah hadir mengambil bahagian di dalam program ini. Kelihatan murid-murid penuh bersemangat mengikuti ceramah yang di sampaikan.
Tn Hj Othman B Ahmad selaku penceramah motivasi kelihatannya bersedia untuk menyampaikan ceramahnya kepada para peserta. En Misron (GPK kurikulum) dan wakil Br Hom turut serta pada pagi tersebut.

Sekalung tahniah kepada guru-guru yang telah mencurahkan khidmat bakti dan kerjasama yang tidak ternilai sepanjang kursus motivasi ini dijalankan. Pn Fadzilah selaku ketua memasak sedang menyediakan sarapan pagi kepada semua peserta. Sedaaaap
Menu hari pertama: Petang: minuman/kuih muih
Malam: Nasi campur (kari ayam dan kobis goreng)
Menu hari kedua : Sarapan: Lontong, mee goreng, dan nasi gorang
Tengahari: Nasi Ayam
Deretan khemah-khemah (27 buah) yang diduduki peserta sepanjang kem motivasi

Para peserta sempat mengambil gambar kenangan semasa menyertai kem motivasi kecemerlangan UPSR 2009 kali ini. Sekali lagi, terima kasih kami kepada semua yang telah terlibat menjayakan program ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails