26 Mei 2012

Cikgu Mahathir - coaching style



Rugi tak jadi ahli rumah sukan kuning :)

Gelagat pegawai sukan di sukantara sekolah





Sekalung tahniah kepada para pegawai yang telah memberikan sepenuh komitmen dan sokongan yang tak berbelah bagi sepanjang sukantara tahunan yang telah berlangsung baru-baru ini

Karnival 1 murid 1 sukan diteruskan



Acara-acara karnival 1 murid 1 sukan diteruskan untuk murid-murid tahun yang tidak dapat menyertainya pada Sabtu lepas lantara kesuntukan masa... permainan memang panas serta penuh semangat kesukanan ditunjukkan oleh para peserta

Sukantara 2012








Sebahagian daripada para peserta yang terlibat dalam sukantara antara rumah 2012 yang telah berlangsung baru-baru ini

22 Mei 2012

Gerai jualan Smart Kidz sk felda ulu tebrau diserbu

 Pecah panggung - itulah istilah yang dapat saya gambarkan tentang sambutan terhadap gerai kelab Smart Kids yang telah mendapat sambutan luar biasa sekali
 Jelas sekali lebih banyak permintaan darpada penawaran. Pujian juga harus diberikan kerana walaupun mendapat permintaan tinggi namun masih lagi tetap dengan harga asal.... kelihatan banyak sekali tangan-tangan yang berebut-rebut menghulur wang untuk tidak melepaskan peluang keemasan merasai juadah yang disediakan
Ramai sekali yang hampa kerana tak berkeempatan membeli termasuklah saya. Semoga dengan aktiviti sihat seumpama ini dapat memupuk minat murid di alam perniagaan
 Karnival sukan 1 murid 1 sukan diteruskan lagi tahun ini. Venue yang sama iaitu karnival berlangsung di persekitaran dewan raya Felda Ulu Tebrau. Sebanyak empat acara dilangsungkan iaitu futsal, bola jaring, badminton dan catur
 Ok... dapat aja peluang baik awak jangan lepaskan k... zassst terus


 Cuaca begitu baik pada pagi ini memudahkan lagi jadual perlawanan
 Penat .... kita minum duluuuu
 Pegawai-pegawai kejohanan kelihatan terlalu letih hingga tak larat nk duduk tegak. Hanya cikgu Marni saja yang masih mampu bertahan....


Lagu kedua guru-guru sempena hari guru 2012


20 Mei 2012

Laporan bergambar sambutan hari guru 2012 Sk Felda Ulu Tebrau (3)





Majlis sambutan hari guru tahun ini disudahi dengan jamuan KEBIRU. Banyak juga aktiviti menarik seperti bertukar-tukar hadiah, cabutan bertuah dan acara memotong kek. 

17 Mei 2012

Laporan bergambar sambutan hari guru 2012 Sk Felda Ulu Tebrau (2)







Sesuai dengan tema sambutan tahun ni iaitu Gaya Hidup Sihat... maka beberapa acara permainan telah diaturkan untuk guru-guru. Acara-acara telah dijalankan betul-betul di bawah panahan terik matahari... walaupun demikian, guru-guru terlibat sungguh sporting dan memberikan kerjasa tak berbelah bagi... Maaf, gambar guru-guru perempuan semasa sukaneka tidak banyak saya upload... jika berminat bolehlah menempah sekeping dua daripada saya :)

Laporan bergambar sambutan hari guru 2012 Sk Felda Ulu Tebrau







Majlis sambutan pada tahun ini yang pada awalnya dirancang disambut di perkarangan sekolah terpaksa di tukar ke venue lain kerana hujan telah turun dengan lebatnya pada awal-awal pagi. Walaupun begitu, keseronokkan dan kemeriahan tetap dirasakan di sana sini...

Nyanyian lagu Guru Malaysia oleh guru-guru SK Felda Ulu Tebrau 2012

Seperti kelaziman guru-guru sk felda ulu tebrau akan beramai-ramai menyanyikan lgu guru Malayisa semasa sambutan hari guru. Jom kita dengarkan

16 Mei 2012

Warga Pendidik SK Felda Ulu Tebrau 2012

Gambar terkini warga pendidik SK Felda Ulu Tebrau yang sempat dirakam semasa sambutan Hari Guru peringkat sekolah yang telah berlangsung siang tadi...

Laporan bergambar akan menyusul dalam masa terdekat... InsyaAllah
Related Posts with Thumbnails