23 Oktober 2011

Perkhemahan unit-unit kokurikulum di Sungai Tiram

Satu perkhemahan unit-unit beruniform telah diadakan di Tiram Indah Village, Sungai Tiram dari 20-22 Oktober 2011
Banyak aktiviti disediakan sepanjang 3 hari perkhemahan
Flying Fox merentas kolam - 3.5 bintang
Water confidence - 5 bintang
Ikhtiar hidup - 4 bintang
Ustaz Suheil - guru pengiring terbaik (kategori water confidence)
Sebahagian daripada guru-guru pengiring yang bersama para peserta sepanjang perkhemahan dijalankan. Penat memang penat tapi seronok. Rugi tak pergi. Jumpa lagi tahun depan...

18 Oktober 2011

Lawatan sekitar JB

Kali ni murid-murid tahun 6 berpeluang mengikuti rombongan ke sekitar JB. Walaupun dah biasa dengan tempat-tempat yang bakal dilawati tapi sambutannya tetap menggalakkan. Peluang untuk menyertai apa saja lawatan memang menyeronokkan dan sukar untuk dilepaskan.
Rombongan kecil dengan kekuatan 78 orang murid dan diiringi oleh 8 orang guru pengiring. Rombongan yang turut diberi gelaran lawatan 'bajet' kerana kosnya yang serendah RM20 seorang termasuk tiket, sarapan pagi dan makan tengahari. Rancangan kita hari ni ialah melawat Muzium Diraja Negeri Johor, Zoo Johor dan Perpustakaan Awam Johor, Jalan Yahya Awal
Haha budak-budak felda jarang berpeluang naik bas 44 tempat duduk. Maklumlah rumah dekat dengan sekolah. Sekali-sekala berpeluang naik bas panjang memang menyeronokkan.
Haluan asal terpaksa ditukar kerana Muzium Diraja sedang ditutup kerana kerja-kerja ubahsuai. Maka menghalalah kami ke Zoo. Sama-sama membantu buka pintu gate Zoo Johor. Zoo Johor pun sedang menaik taraf pintu utama. Nampaknya memang banyak sekali kerja-kerja naik taraf yang berlaku sekitar JB....
Zoo Johor memang tak mengecewakan. Ingat lagi kalau dulu pergi Zoo Johor baunya kurang sedap sebab kurang perhatian, tapi sekarang memang dah lain dari dulu. Jauh sangat. Bersih, kemas dan banyak haiwan. Kalau ramai orang dari haiwan yang dipamerkan apa kita nak panggil tempat tu agaknya??
Memandangkan rancangan awal melawat muzium terpaksa dilupakan maka terpaksalah kita buat plan B. Bukan senang juga nak cari tempat-tempat persinggahan sekitar JB. Setelah penat berfikir akhirnya kami ke Plaza Angsana. Bukan nak shopping sakan tapi berehat memandangkan matahari yang semakin meninggi. Dapat juga cari ole-ole untuk adik-adik di rumah.
Murid-murid bergerak dalam kumpulan semasa di sini tidak menimbulkan banyak masalah. Bagus betul disiplin budak-budak ni. Tak payah nak jerit-jerit macam tarzan. Rileks aja mereka boleh kawal diri.
Letih ronda semua cari tempat duduk. Lepas tu kami ke masjid bersolat dan makan tengahari sebelum bergerak ke Perpustakaan Awam Johor.
Destinasi terakhir kami ialah Perpustakaan Awam Johor di Jalan Yahya Awal. Cikgu-cikgu pun first time berkesempatan ke sini. Tempatnya memang luas dan penuh dengan pengunjung. Nasib baik surat makluman lawatan telah kami kirimkan lebih awal maka dapatlah kami tours guide semasa di sana. Melopong mulut masing-masing dengar penerangan hehe
Susah juga nak ambil gambar tapi saya dah minta izin. Gambar tanpa flash untuk indoor memang susah. Mujurlah lens 35mm sesuai untuk low light. Bahagian dalam bangunan setinggi 3 tingkat ni memang banyak tempat-tempat cantik untuk fotografi...
Bunga pun banyak. Habuk pun tak ada sebab fully air-con. Memang cantik dan selesa sungguh tempat ni. Rugi kalau tak pergi
Banyak gambar cikgu yang diambil tapi nanti bimbang orang kata perasan pula. So sikit-sikit ajalah gambar yang saya muatkan kali ni.
Di tingkat bawah dalam bangunan ini juga terdapatnya Petrosains. Sayang sekali kami tak berkesempatan kerana tidak membuat janji lawat dengan pihak tersebut.
Lawatan dah sampai ke penghujungnya. Alhamdullilah cuaca pun taklah begitu panas bagi standard negara kita yang cuacanya panas dan lembab sepanjang tahun.
Sebelum bersurai kami mengadakan majlis ringkas penyampaian cabutan bertuah dan hadiah kepada pemenang kuiz bersempena lawatan ini.
Gambar kenang-kenangan sebelum kami bergerak balik ke sekolah. Hujan lebat turun sejurus bas kami naiki. Walaupun penat tapi best. Terima kasih kepada semua yang menyokong menjayakan program Lawatan ke JB untuk tahun ini.
Sekian. Terima Kasih

12 Oktober 2011

Hari ke dua sesi fotografi

Boleh dikatakan hampir semua yang terlibat memberikan kerjasama yang tak berbelah-bagi. Sesi fotografi juga telah berlangsung tanpa sebarang insiden yang kurang menyenangkan. Terima kasih semua.

11 Oktober 2011

Sesi fotografi

18 tahun. Begitulah lamanya sekolah ini tidak mengadakan sesi fotografi kelas-kelas secara formal. Idea asal sesi fotografi ini adalah dari buah fikiran Tuan Guru Besar, Cikgu Zakaria. Memandangkan cuaca yang kerap hujan akhir-akhir ini membuatkan sesi fotografi diadakan di dalam kelas bangunan baru. Kebetulan pula cuaca pagi ini hujan serta kekurangan pencahayaan menyukarkan lagi sesi penggambaran tersebut. Sebanyak 20 buah kelas selamat menjayakan aktiviti ini. Bangaimanpun 3 kelas terawal ( 6 Ibnu Sina, 4 Al Farabi dan 4 Al Jazari) terpaksa menjalani sesi fotografi sekali lagi memandangkan hasil yang diperolehi kurang menyengat. Terima kasih kepada semua yang bersabar menyakan program kali ini....

08 Oktober 2011

Program susu sekolah 1 Malaysia diteruskan

Lepas slot bacaan Yaasin Jumaat lepas cikgu-cikgu sibuk mengedarkan susu percuma 1 Malaysia. Kali ini pek baru dari jenis Dutch lady.
Lebar sungguh senyuman mereka bila dapat susu percuma 1 Malaysia

Projek bina menara 5 Ibnu Sina

Tajuk terakhir tahun 5 berkisar tentang strength and stability. Murid-murid tahun 5 Ibnu Sina berpeluang melaksanakan kerja projek membina menara.
Kerja projek berkumpulan yang telah dirancang bermula dari minggu lepas telah dilaksanakn melalui 2 peringkat ialtu pada 4 dan 7 Oktober lepas.
Murid-murid memberikan respon dan kerjasama yang baik semasa menlaksanakan kerja projek.
Kumpulan-kumpulan yang terlibat sempat bergambar bersama hasil kerja mereka. Syabas

Potluck bilik guru minggu lepas

Terima kasih kepada semua yang menjayakan rancangan pada kali ini. Memang sedap dan mengenyangkan serta berkhasiat.
Related Posts with Thumbnails