30 September 2009

Jamuan Kelas 5 Ibnu Sina

Hari ini telah berlangsungnya satu majlis jamuan ringkas bersempena sambutan hari raya di kelas 5 Ibnu Sina. Majlis yang telah dirancang sebelum cuti sekolah ini telah diadakan penuh sederhana tetapi meriah. Kelihatan di gambar kek kepala meja yang dibawakan khas oleh Ahmad Fadzlan.
Guru kelas turut tidak ketinggalan bergambar bersama kek Pikacu yang menjadi tarikan utama jamuan hari raya kali ini.
Beginilah riang dan gembiranya murid-murid menjamu selesa sambil bertukar-tukar kuih raya antara satu sama lain. Banyak sungguh kuih muih yang dibawa.
Jamuan kali ini juga bersempena kejayaan-kejayaan berganda yang diperolehi oleh kelas 5 Ibnu Sina kerana menyertai pertandingan-pertandingan yang disertai sepanjang tahun ini. Majlis turut diselitkan dengan acara kuiz pengetahuan am.

Lebih selesa

Kalau sebelum ini murid-murid terpaksa belajar di bawah, sekarang telah disediakan kerusi meja yang sesuai untuk mereka. Murid-murid yang ditempatkan sementara di surau sekolah ini telah dapat belajar dengan lebih selesa. Kerja-kerja membetulkan karpet ini dikelolakan oleh cikgu Khore Izardi dan Pn Puziah. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Naik Taraf

Jangan terkejut kalau pejabat sekolah kelihatan seolah-olah tutup. sebenarnya kerja-kerja menaik taraf sedang dijalankan secara berperingkat-peringkat seperti memasang penghawa dingin. Kerja-kerja pentadbiran masih lagi berjalan seperti biasa. Kasut pun dengarnya tak perlu ditanggalkan lagi jika berurusan di sini. Syabas dan tahniah dari kami di atas kemajuan ini.

Kek Lapis Sarawak

Tidak sah rasanya kalau hari raya tidak diserikan dengan kek lapis Sarawak yang terkenal. Sesuailah dengan namanya sudah tentulah datangnya dibawakan khas oleh cikgu yang berasal dari sana. Kami merasa amat gembira dapat merasa kek lapis yang telah dibawa oleh Cikgu Wan Lanney. Terima kasih daun keladi.

29 September 2009

Open Air

Santai sekali nampaknya guru-guru menjamu selera di tempat makan terbuka guru-guru sementara menantikan tempat makan yang lebih sesuai. Dengar ceritanya bangunan kantin baru dah hampir siap.

Tempahan akhir Hari Keluarga

Kepada rakan-rakan yang berminat tetapi belum lai membuat tempahan bilik. Diharap segeralah berbuat demikian. Tarikh akhir tempahan ialah 1hb Oktober 2009.

Mesej KEBIRU

Kepada rakan-rakan, tunaikanlah tanggungjawab anda. Kerjasama dan kepercayaan anda sangatlah dihargai

28 September 2009

Kantin Segera

Satu perkara yang agak merunsingkan pihak sekolah ialah ketiadaan kantin (bangunan kantin sementara belum siap). Buat masa ini kantin sementara masih dalam pembinaan (bangunan sedang dibina belakang bangunan atap biru). Keadaan ini agak menyulitkan kepada guru-guru dan murid-murid. Buat masa ini kantin beroperasi di bahagian tepi bilik pemulahan khas. Yang paling tak tahan ialah bau-bauan harum masakan dari kantin yang berhampiran bilik darjah.
Meja dan kerusi makan murid-murid pula buat masa sekarang ini di tempatkan di garaj kereta guru. Setakat ini keadaannya agak panas. Diharapkan semuanya dapat bersabar dengan keadaan ini. Marilah kita sama-sama berdoa agar kesulitan ini dapat diatasi segera.

Keropok Lekor

Sampai saja sekolah pagi ni, dah ada keropok lekor ang dibawa khas oleh cikgu Jumali. Beginilah untungnya jika mempunyainya pertalian keluarga dengan orang-orang dari negeri lain. Terima kasih banyak kepada cikgu Jumali kerana tidak melupakan kami di sini.

18 September 2009

kad raya pengganti diri

Teringat zaman pesekolahan dulu. Bila tiba saja bulan puasa, mulalah kita sibuk dengan kad hari raya. Susah juga nak buat pilihan. Maklumlah duitnya sikit tapi semuanya cantik-cantik. Ada yang berlagu dan macam-macam lagi. Tapi, tradisi ini semakin lama semakin jauh kita tinggalkan. Kita lebih sedang mengutus sms dan menghantar kad-kad melalui alam siber. Sebagai pengubat rasa rindu pada zaman itu, saya titipkan beberapa gambar kad-kad hari raya. Selamat bercuti. Selamat Hari Raya Aidilfitri

17 September 2009

Video bersalaman hari raya

video
Terusik hati melihat keakraban para guru. Eloklah kalau kita dapat memberikan kemaafan antara satu sama lain. Kalau ada terkasar bahasa, terkutuk, terumpat, tercaci dan macam-macam lagi mohon dimaafkan. kepada yang memandu jauh ke kampung. Berhati-hati di jalan raya...jemputlah ke rumah di hari raya nanti bila kelapangan.
video
Siapa lagi yang paling seronok menyambut hari raya kalau bukan kanak-kanak. Semoga semua murid berhari raya dengan penuh gembira bersama keluarga tersayang. Selamat hari raya, maaf zahir dan batin....

Video Penutup Bulan Kemerdekaan 09

video
Beginilah bersemangatnya sambutan bulan kemerdekaan Sk Felda Ulu Tebrau. Terima kasih kepada semua yag terlibat menjayakan majlis ini. Jumpa lagi di tahun hadapan

Selamat hari raya....maaf zahir dan batin

Warga sekolah SK Felda Ulu Tebrau ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya maaf zahir dan Batin kepada semua. Kelihatan digambar sebahagian daripada barisan pendidik sesi pagi.
Dan yang ini pula...cikgu-cikgu perempuan memberikan senyuman penuh kebahagiaan menjelang hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi...

Bersalaman di Aidil Fitri

Seperti kelazimannya, majlis bersalam-salam turut diadakan sebagai pengikat tali silaturrahim di antara guru-guru dan murid-murid
Dan dalam barisan terakhir guru, kelihatan En Yazid yang memang telah menjadi kebiasaanya memberi duit raya kepada semua murid sekolah ini. Majlis bermaaf-maafan berjalan penuh keriangan dan turut terselit rasa hiba....

Majlis Penutupan bulan kemerdekaan

Majlis penutupan penuh gilang gemilang. Kelihatan adik Mohd Syafiq Mohd Satar (juara deklamasi sajak) dari Tahun 4 Ibnu Sina sedang pebuh penghayatan menyampaikan sajaknya
Juara koir lagu patriotik dari Tahun 5 Ibnu Sina turut menyampaikan persembahan. Mereka turut memenangi kelas tercantik dan Juara pertandingan Mewarna. Tahniah dan syabas diucapkan.
Cikgu Fadzilah turut hadir bersama anaknya. Patutnya yg kecil tu pakai baju purple yek...baru cun
majlis diselangi dengan nyanyian lagu-lagu patriotik oleh murid-murid dan guru. Kelihatan barisan pentadbir dengan penuh semangatnya menyanyikan lagu. Begitu juga semangat perpaduan dan muhibah yang ditunjukkan oleh para guru.
Majlis tak lengkap jika tidak diselitkan dengan acara penyampian hadiah. Kelihatan En Sahak (Juara Nyanyian Patrioik Guru) sedang menerima hadiah daripada Tn Guru Besar. Tahniah kepada semua yang menjayakan majlis ini. Tanpa kerjasama dan sokongan anda, majlis ini tentulah tidak akan berjaya. Merdeka!

Majlis khatam Al Quran

Majlis khatam Al Quran pada pagi ini dipengerusikan oleh Ustaz Abdullah
Barisan para peserta yang terlibat menjayakan majlis ini. Tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan aktiviti tadarus dan khatam Al Quran sepanjang bulan Ramadan ini

16 September 2009

Ops Sikap Hari Raya 2009

Saban tahun, Ops Sikap diadakan bertujuan mengurangkan angka kemalangan jalan raya pada musim perayaan, sekali gus mengurangkan kehilangan nyawa yang begitu berharga.

Pelbagai pendekatan telah dan akan diambil bagi menurunkan kadar kemalangan dan angka nahas yang maut. Bermula dari 14 hingga 27 September 2009.

Sungguhpun begitu, Ops Sikap ini seringkali dipandang enteng dan kurang penting oleh pengguna-pengguna jalan raya yang terbabit. Dalam mereka berwaspada dengan perangkap-perangkap had laju, pedal minyak kembali ditekan setelah lokasi penguat kuasa polis atau kamera perakam kelajuan dilepasi.

Harga satu nyawa amatlah berharga. Apakah justifikasi yang harus diberikan untuk bilangan kes kematian di jalan raya jika bukan kerana sikap kita sendiri.

Kelas Tercantik Bulan Kemerdekaan

Sampai ke hari-hari terakhir sebelum cuti hari raya, sempat lagi diadakan pertandingan keceriaan kelas sempena sambutan bulan kemerdekaan. Bukan sahaja murid-murid , malah guru-guru turut sama bertungkus lumus menyediakan kelas masing-masing. Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Kepada yang kurang bernasib baik. jangan putus asa. Semua pemenang akan diumumkan pada esok Khamis, 17 September 2009

Baju Raya

Wah wah wah...bukan main ceria lagi cikgu-cikgu ni, sempat lagi nak mencuba pakaian. Kak Zie sedang menggayakan baju raya beliau yang telah dibuat 17 tahun lalu. Jangan tak percaya pulak. Yang En Fazli pula nak beraya dengan jersi bola...mungkin baju bola tampar sudah tak berapa sesuai dibuat beraya agaknya....

Pertandingan deklamasi sajak Bulan Kemerdekaan 2009

Sebahagian daripada para peserta yang kelihatan berdebar-debar sementara menunggu giliran untuk mendeklamasikan sajak masing-masing.
Para juri yang arif lagi bijaksana...En Sahak dan En Ridzuan sedang tekun dan khusyuk menilai para peserta yang sedang membuat persembahan...
Murid-murid kelihatan begitu tekun dan asyik mendengar sajak-sajak persembahan para peserta...

15 September 2009

Sekolah dibenar ambil cuti berganti

Sedutan daripada petikan akhbar Utusan Malaysia, Selasa 15/09/09...harap-harap dapatlah kita bercuti

PUTRAJAYA 14 Sept. - Kementerian Pelajaran membenarkan mana-mana sekolah memohon cuti peristiwa atau cuti berganti pada 17 dan 18 September ini bagi menyambut Hari RayaAidilfitri yang dijangka pada 20 September ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, keputusan tersebut bagi membolehkan ibu bapa membuat perancangan awal perjalanan keluarga masing-masing untuk bercuti di kampung halaman selain mengelak kesesakan jalan raya.

''Bagi negeri-negeri yang hari hujung minggunya jatuh pada Jumaat dan Sabtu, sekolah-sekolah boleh bercuti pada hari Khamis, 17 September ini dan negeri-negeri yang cuti hujung minggunya pada Sabtu dan Ahad, sekolah-sekolah boleh bercuti pada 18 September ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Alimuddin, sekolah-sekolah yang mengambil cuti berganti hendaklah menggantikan hari persekolahan tersebut pada Sabtu 31 Oktober ini.

''Semua Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri diarah supaya meluluskan cuti tambahan tersebut mengikut kes-kes yang memohon sahaja dan kelulusan itu tidak diberikan secara keseluruhan.

''Semua Pejabat Pelajaran Daerah hendaklah memantau pelaksanaan cuti tambahan berganti tersebut," katanya.

kuih raya

Bulan puasa dah hampir ke penghujungnya. Guru-guru pun macam orang kebanyakkan juga tentulah sibuk menyiapkan persiapan untuk menyambut lebaran tak lama lagi. Antara kuih yang paling cekap dibuat oleh rakan-rakan guru kita ialah Kuih tunjuk. Mudah, enak dimakan dan pelbagai rasa...itulah kuih tunjuk

Beli dan belah

Susah juga kalau nak cari sekolah yang bersih dari aktiviti berjual beli. Di sinipun berlaku juga kejadian yang serupa namun ianya boleh dikatakan agak terkawal.
Bukan apa, sempat jugalah rakan-rakan kita ni melihat sambil membeli apa yang patut sebagai tokok tambah mana-mana yang kurang. Apa bezanya kalau jurujual boleh datang mempromosikan itu ini di bilik guru.

Menuntut ilmu di surau

Sukar juga jika mengajar di surau. Bukan sahaja murid-murid tetapi para guru juga kelihatan kurang bersemangat. Lebih-lebih lagi bila dah masuk waktu-waku selepas rehat. Bilalah agaknya penantian bagi bilik darjah gantian ini akan berakhir?
Related Posts with Thumbnails