22 November 2009

Rombongan tahun 6 ke Kuala Lumpur dan Cameron Highland

Sekumpulan guru dan murid-murid tahun 6 telah terlibat di dalam rombongan ke Kuala Lumpur dan Cameron Highland. gambvar di ambil sejurus sebelum mereka bertolak. Semoga bergembira di sepanjang perjalanan...

Hari Kemuncak Kokurikulum 20/11/09


Telah berlangsung majlis kemuncak kokurikulum pada hari Jumaat 20 Nov yang lepas. Majlis dimulakan dengan En Misron memeriksa pasukan Pengakap, tayangan slide gambar-gambar perkhemahan unit beruniform di PULAREK dan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang di dalam acara-acara yang telah dianjurkan oleh unit-unit kokurikulum sepanjang tahun ini. pertandingan lukisan turut dijalankan pada hari yang sama...


19 November 2009

Jamuan akhir tahun KEBIRU


Majlis jamuan akhir tahun KEBIRU bagi menandakan berakhirnya perkhidmatan jawatankuasa sesi 2008/2009. Majlis turut menyelitkan sesi perpisahan anggota KEBIRU yang bakal berpindah hujung tahun ini iaitu Cik Masniza (bertukar ke Selangor), Cik Wan Lenny (pulang ke Sarawak), dan Pn Marlina (berpindah ke Selangor). Kami warga SKFUT mengucapkan selamat maju jaya kepada guru-guru yang bertukar ini. Majlis disudahi dengan jamuan satay dan nasi berlauk...Anggota kabinet KEBIRU sesi 2010/2011 akan diketahui di dalam mesyarat guru pada hari Selasa 24 Nov ini.

Pengumuman keputusan UPSR SKFUT 2009


Keputusan UPSR telah pun diumumkan siang tadi. Ada yang gembira ada yang sedih. Apapun keputusan yang telah kamu terima, kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih di atas sumbangan ssemua pihak yang sama-sama berusaha mencapai kejayaan yang terbaik di dalam UPSR tahun 2009 ini. bertikut ulasan ringkas keputusan UPSR SK Felda Ulu Tebrau 2009;
Peratusan Kelulusan mengikut matapelajaran:
BM Pemahaman 96.8%
BM Penulisan 88%
B Inggeris 75.2%
Matematik 77.6%
Sains 91.2%
Peratusan calon lulus semua subjek
2008 - 64.5%
2009 - 68.8%
Pelajar 5A
1. Atifah Bt Khamis
2. Desniaty Bt Ibrahim
3. Mohd Aidil B Mohd Arshad
4. Mohd Khairuddin B A. hamid
5. Mohd Firdaus B Roslan
6. Mohd Hanafi B Razak
Pelajar 4A1B
1. Izatty Bakis Bt Mohamed
2. Fakhira Nurfarzana bt Ahmad Fadzil
3. Muhd Nazrul Nazmi B Mohd Sohaimi
4. Muhd Nor Saiful B Nur Azman
5. Nurin Nabihah Bt Samsol

Jamu buah-buahan colek


Jamuan muhibah sempena masuk ke kabin guru baru.....

mesyuarat pra kemuncak kokurikulum skfut

Memang sibuk tapi mesyarat tetap berlangsung....

Pindah bilik guru


Memang sibuk betul minggu ni....proses pemindahan bilik guru, bilik media, makmal sains dan bilik KH turut berlangsung. Penat betul rasanya. bagaimanapun beban tugas telah pun dikongsi sama dengan murid-murid yang sentiasa bersedia membantu

Penempatan murid tahun 5 & 6 2010


Dalam pada kesibukan pada hari-hari terakhir persekolahan, guru-guru tetap menjalankan tugas seperti biasa. Telahpun dijalankan sesi penempatan pelajar tahun 5 & 6 untuk tahun 2010 pada 18 Nov yang lepas.

Jamuan Perpisahan tahun 6 2009






Majlis jamuan ini telah berlangsung sederhana tetapi penuh bermakna. Walaupun dijalankan di bawah khemah sementara kerana kekurangan tempat majlis tetap diteruskan. kami warga sekolah mendoakan agar para pelajar tahun 6 akan maju jaya di masa depan dan menjadi manusia yang berguna.





18 November 2009

Jamuan akhir tahun pra-sekolah

Setelah dua hari tidak dapat melaporkan akibar gangguan akses internet...akhirnya dapat bersua kembali. Pada hari Selasa 17 November telah berlangsung jamuan akhir tahun pra-sekolah anjuran majlis pemuafakatan pra-sekolah. Majlis turut dihadiri para ibubapa, dan guru-guru. Turut berlangsung majlis penyampaian hadiah dan cenderahati

16 November 2009

Jamuan perpisahan 5 Al Jazari

Jamuan perpisahan kelas 5 Ibnu Sina telah berlangsung sederhana tetapi meriah. Jamuan ini telah dihadiri oleh guru-guru pentadbir dan guru-guru yang mengajar di kelas tersebut.

Orentasi Tingkatan 1 2010

Program orentasi tingkatan 1 ke sekolah menengah tahun hadapan telah dijalankan oleh guru-guru dari SMK FELDA Ulu Tebrau. Banyak perkara telah disentuh termasuklah sesi pendaftaran tahun hadapan dan isu-isu disiplin.

Kenangan perkhemahan di Pularek

Kenangan perkhemahan unit beruniform SK Felda Ulu Tebrau di KD Sultan Ismail (PULAREK) Pengerang Johor 13-15 November 2009

Minggu akhir persekolahan 2009

Antara minggu yang sibuk sepanjang sesi persekolahan tahun 2009 ialah minggu akhir sebelum sekolah bercuti panjang. Berikut adalah butiran aktiviti yang bakal dijalan sepanjang minggu ini...

16/11 (Isnin) Orentasi tahun 6 - Bersama GPK HEM SM Felda Ulu Tebrau
dan pertandingan dam aji tahun 4&5
17/11 (Selasa) Jamuan Perpisahan Tahun 6
18/11 (Rabu) Hari Kemuncak Kokurikulum
19/11 (Khamis) Pengumuman keputusan UPSR 2009
20/11 (Jumaat) Majlis perpisahan akhir persekolahan tahun 2009

13 November 2009

Perkhemahan asas unit beruniform 2009 (bhg 2)

Antara kemuncak aktiviti ko kurikulum sekolah pada tahun ini adalah menganjurkan satu perkhemahan unit-unit beruniform. Seramai 41 orang peserta dan 17 orang guru pengiring telah terlibat sepanjang aktiviti 3 hari 2 malam ini dijalankan di Kem Pularek, Pengerang, Kota Tinggi.
Para peserta telah pun bersedia dengan uniform lengkap
Para guru turut mengiringi dan mengucapkan selamat jalan kepada para peserta yang terlibat.
Sebahagian murid yang tidak terlibat juga turut mengucapkan selamat jalan kepada para peserta. Didoakan agar semua peserta yang terlibat selamat menjalankan aktiviti sepanjang perkhemahan.
Related Posts with Thumbnails