21 Ogos 2010

Program Perkhemahan Motivasi Tahun 6 06-07/08/2010

Pihak sekolah sentiasa berusaha membantu pelajar-pelajar meningkatkan lagi aras pencapaian akademik mereka. Antara program yang dapat dilaksanakan menjelang UPSR ialah program motivasi yang telahpun berlangsung pada 06-07 Ogos yang lepas. Kelihatan En Misron, GPK1 (bersongkok) memberikan sedikit motivasi kepada para pelajar...
Ustaz Abdul Halim memang pandai menarik perhatian pelajar dengan ceramahnya yang santai tetapi penuh dengan panduan dan bimbingan.
Antara slot-slot yang diadakan termasuklah teknik menjawab soalan Matematik, Solat Hajat serta motivasi kerjaya yang disampaikan oleh En Mohd Fahrul (gambar atas)
Sebahagfian guru yang terlibat hadir menjayakan program ini...
Semoga dengan adanya program seumpama ini dapatlah membantu sedikit-sebanyak meningkatkan motivasi murid-murid menjelang UPSR yang bakal berlangsung pada September nanti...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails