08 Mei 2011

Program Motivasi UPSR 2011

Satu program motivasi keibubapaan UPSR telah dianjurkan oleh pihak sekolah bertempat di Dewan Felda Ulu Tebrau pada 7 Mei 2011 bermula jam 7.30pg - 1.00ptg
En Zakaria Bahron menyampaikan ucapan dan pengharapan hala tuju sekolah untuk tahun 2011 selama hampir 2 jam.
Kehadiran ibubapa yang ramai (80%) memeriahkan lagi majlis seterusnya menambahkan lagi semangat guru-guru Tahun 6 secara tidak langsung.
Di pertengahan majlis, kami didatangi oleh dua orang wakil PPD Pasir Gudang yang kebetulannya sedang memantau proses PNP bagi sekolah-sekolah yang mengambil cuti tambahan untuk Deepavali akan datang. Untuk makluman sekolah Felda Ulu Tebrau tidak mengambil cuti ekstra tersebut...
Cikgu Sahak pun sempat hadir memeriahkan majlis..
AJK makanan sibuk menyediakan tempat dan juadah untuk tetamu dan ibubapa.
Ibubapa menerima makanan dan minuman semasa waktu rehat...
Penerangan Skor A
Ceramah motivasi disamapaikan oleh Guru Cemerlang Kaunseling SMK Taman Putri Kulai.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga usaha murni yang kita jalankan ini akan membuahkan hasilnya nanti. InsyaAllah.

Orang yang berusaha, akan mendapat balasannya nanti...
TAPI
Orang yang malas, akan mendapat balasannya sekarang...

1 ulasan:

Related Posts with Thumbnails