26 Ogos 2011

Majlis berbuka puasa dan Solat Hajat Perdana UPSR 25.08.2011

Majlis berbuka puasa dan solat hajat perdana sempena UPSR 2011 telah pun dilaksanakan dengan jayanya pada 25 Ogos yang lepas. majlis berlangsung di Surau sekolah. Meskipun serba kekurangan sambutan yang diterima amatlah memberangsangkan. Majlis berlangsung seawal 6 petang dan tamat sekitar 10.15 malam.
Solat tarawikh dan Solat hajat dipimpin oleh Ustaz Abd Halim
Ucapan ringkas dan pada daripada En Zakaria Bahron, Guru Besar Sk Felda Ulu Tebrau.
En Mohd Fakhri, YDP PIBG sekolah turut menyampaikan sedikit ucapan selaku wakil ibubapa di dalam majlis ini. Semoga segala usaha yang telah kita curahkan akan membuahkan hasil yang memuaskan di dalam UPSR nanti InsyaAllah. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis ini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails