03 Jun 2010

Cara menjawab soalan observation dan inference berganda subjek Sains SR siri 5

Ada kecenderungan soalan-soalan Sains UPSR bertanyakan tentang soalan observation atau inference secara berganda. Maksud saya soalan ini ditanya lebih dari sekali dalam no soalan yang sama. Contohnya;

Contoh soalan OBSERVATION:

Q1--What is your observation based on the investigation above?
Q2--What can you see from the diagram above

Cara menulis:
jawapan A--Green bean seedlings in pot X is taller than green bean seedlingss in pot Y
jawapan B--Green bean seedlings in pot Y is shorter than green bean seedlings in pot X

Contoh soalan INFERENS:
Q3--What can you infer based on your answer in Q1/Q2?
Q4--Give your reason based on your observation?

Cara menulis
jawapan A--Green bean seedlings in pot X is taller than green bean seedlings in pot Y because it gets more space
jawapan B--Green bean seedlings in pot Y is shorter than green bean seedlings in pot X because it gets less space

Tetapi apabila ditanya soalan-soalan tambahan, kadang-kadang murid gagal menjawab dengan baik sedangkan mereka tahu jawapannya. Sebagai contoh;

Q5--Give another observation that shows the green bean seedlings grow healthy?

Murid-murid adalah dinasihatkan supaya jangan panik, tulislah pemerhatian yang sesuai tetapi berkaitan. Janganlah ditulis lagi the green bean seedlings is taller tetapi tulislah pemerhatian lain yang menunjukkan biji benih itu telah tumbuh dengan subur seperti the seedlings has more leaves, the seedlings has bigger stem, the seedlings is greener in color (apa-apa sajalah pemerhatian yang menunjukkan pokok itu subur.

Q6-- Give another inference/reason to support your answer?

Samalah seperti soalan di atas. Murid-murid carilah alasan lain yang logik yang boleh menyokong pemerhatian yang telah dibuat. Jika alasan pertama kita berdasarkan the seedlings has more space, bagi soalan ini tuliskan alasan lain yang sesuai seperti the seedlings has been planted in a quality soil, the soil has been added fertilizer dan the seeds are from a better quality...compared to the seeds in pot Y

Cara menjawab soalan Aim/purpose subjek sains SR siri 4

Antara soalan yg agak mudah untuk dijawab adalah soalan aim atau juga dikenali dengan purpose. Sebagai permulaan, para pelajar dinasihatkan memahami dahulu apakah TTC dan TOM bagi ujikaji atau soalan tersebut. Sila klik LINK untuk pembolehubah/variables bagi ujikaji di atas.

Murid-murid boleh menggunakan formula ini untuk menjawab soalan aim/purpose

Formula: To investigate/find out the relationship between TTC with TOM

Oleh yang demikan, bagi ujikaji di atas TTC adalah the number of seeds dan TOM adalah the height of the green bean seedlings after a week

Jwapan sesuai: To investigate/find out the relationship between the number of seeds with the height of the green bean seedlings after a week

** Perhatin... Jawapan anda juga dikira betul jika menulis secara terbalik sama ada TOM ditulis dahulu dan diikuti oleh TTC...

02 Jun 2010

Bangunan Baru 5/2010

Pembinaan bangunan baru semakin rancak dijalankan. Boleh dikatakan satu tingkat mengambil masa sebulan

31 Mei 2010

Juara peringkat negeri peraduan Mengarang Surat kepada Tn. Pengarah Pelajaran Negeri Johor

Pada pagi tadi telah berlangsung penyampaian hadiah kemenangan kepada adik Nor Alisyah Bt Zeidon dari kelas 5 Ibnu Sina kerana telah memenangi Pertandingan Mengarang Surat kepada Tn. Pengarah Pelajaran Johor bersempena Sambutan Hari Guru yang berlangsung baru-baru ini. Kelihatan Tn Guru Besar, En. Zakaria sedang menyampaikan hadiah. Adik Nor Alisyah juga telah dijemput membacakan surat yang telah beliau karang.
Nor Alisyah sempat memberikan pose menarik bersama plak kemenangan bagi peringkat Daerah Pasir Gudang dan Negeri Johor
Turut menerima hadiah penyertaan adalah adik Filzah Fakhirah dari kelas 6 Ibnu Sina kerana menyertai pertandingan Shahiba peringkat daerah Pasir Gudang baru-baru ini.

Semoga dengan kemenangan yang dirai ini dapat menyemarakkan lagi semangat dan motivasi para guru dan murid meningkatkan lagi prestasi sekolah ini.

SK Felda Ulu Tebrau...BOLEH !

30 Mei 2010

Mesyuarat JawatanKuasa Perkhemahan 2010

Telah berlangsung mesyuarat Jawatankuasa Perkhemahan Unit-unit Beruniform yang bakal diadakan dari 25-27 Jun 2010. Perkhemahan kali ini akan diadakan di kawasan sekolah...

Sambutan Bulan Bahasa

Panitian Bahasa Melayu telah melancarkan sambutan Bulan Bahasa bermula 24 Mei 2010. Pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang bulan Bahasa ini...

10 Mei 2010

Teka gambar guruku sayang

update gambar terkini. Semua ada 12 gambar untuk dikenali. Lengkapkan borang penyertaan dan hantar segera. Selamat berjaya.
Bersempena sambutan hari guru yang bakal menjelang, KEBIRU telah menganjurkan peraduan teka gambar guruku sayang yang terbuka penyertaan untuk semua guru dan murid-murid SK Felda Ulu Tebrau. Sukar juga hendak diramalkan siapakah pemilik wajah-wajah berikut....
A
B
C
D
E
F
G
H
I
J
K
Related Posts with Thumbnails