08 Februari 2010

Cara menjawab soalan observation dan inferens subjek sains SR Siri 2

Setelah mengenalpasti pembolehubah- pembolehubah atau variables (TTK,TTC dan TOM) daripada situasi atau gambarajah yang disediakan, murid-murid akan berdepan dengan soalan-soalan yang berkaitan dengannya. Mari kita gunakan gambarajah di bawah untuk menjawab soalan observation (pemerhatian) dan inferens/reason (alasan/sebab).

Sila klik situasi untuk memahami soalan

Contoh soalan OBSERVATION:

Q1--What is your observation based on the investigation above?
Q2--What can you see from the diagram above?

Klu jawapan:
Pastikan jawapan kamu berkaitan dengan TOM iaitu ketinggian anak benih dan buatlah perbandingan dengan anak benih di pasu yang lain.

Cara menulis:
jawapan A--Green bean seedlings in pot X is taller than green bean seedlings in pot Y
jawapan B--Green bean seedlings in pot Y is shorter than green bean seedlings in pot X

*** kebiasaannya soalan observation turut diikuti oleh soalan inferens/reason. Jika salah satu daripada jawapan bagi soalan-soalan ini yang kamu berikan tidak betul maka kedua-dua jawapan kamu akan dianggap salah. Oleh itu berhati-hatilah menulis jawapan. Jika kamu bercerita tentang anak benih di pasu X (jawapan A) maka pastikan penerangan atau alasan kamu untuk soalan inferens/reason mstilah berkitan dengannya.

Contoh soalan INFERENS:
Q3--What can you infer based on your answer in Q1/Q2?
Q4--Give your reason based on your observation?

Klu jawapan
-kenalpasti TTC (number of green beans)
-kaitkan dengan pelajaran sains yang telah kamu pelajari. Plants compete for sunlight, space, water, nutrient and air.
-Setelah difahami tahulah kita bahawa biji benih berebutkan ruang/space untuk membesar/tumbuh tinggi.

Cara menulis:
- Green bean seedlings in pot X is taller than green bean seedlings in pot Y because it gets more space.
- Green bean seedlings in pot Y is shorter than green bean seedlings in pot X because it gets less space.
--Ayat yang berhuruf tebal tadi adalah jawapan daripada soalan observation. Kita gunakan semula dan ditambah dengan because dan diikuti dengan alasan logik yang telah anda kenalpasti daripada situasi di atas atau daripada pembelajaran sains semasa di dalam kelas.

NOTA Ada kalanya soalan bertanyakan tentang inferens terlebih dahulu dan diikuti oleh observation.

2 ulasan:

Related Posts with Thumbnails