31 Mei 2010

Juara peringkat negeri peraduan Mengarang Surat kepada Tn. Pengarah Pelajaran Negeri Johor

Pada pagi tadi telah berlangsung penyampaian hadiah kemenangan kepada adik Nor Alisyah Bt Zeidon dari kelas 5 Ibnu Sina kerana telah memenangi Pertandingan Mengarang Surat kepada Tn. Pengarah Pelajaran Johor bersempena Sambutan Hari Guru yang berlangsung baru-baru ini. Kelihatan Tn Guru Besar, En. Zakaria sedang menyampaikan hadiah. Adik Nor Alisyah juga telah dijemput membacakan surat yang telah beliau karang.
Nor Alisyah sempat memberikan pose menarik bersama plak kemenangan bagi peringkat Daerah Pasir Gudang dan Negeri Johor
Turut menerima hadiah penyertaan adalah adik Filzah Fakhirah dari kelas 6 Ibnu Sina kerana menyertai pertandingan Shahiba peringkat daerah Pasir Gudang baru-baru ini.

Semoga dengan kemenangan yang dirai ini dapat menyemarakkan lagi semangat dan motivasi para guru dan murid meningkatkan lagi prestasi sekolah ini.

SK Felda Ulu Tebrau...BOLEH !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails