05 Februari 2012

Sk Felda Ulu Tebrau menyertai perarakan Maulidur Rasul peringkat Felda Ulu Tebrau

Gambar ikhsan daripada Cik Eliya Azura

Sk Felda Ulu Tebrau, tuan rumah acara merentas desa MSSD P Gudang 2012

Gambar-gambar ikhsan daripada Cik Eliya Azura

Gotong-royong makmal Sains baru

Bilik makmal Sains akhir dapat diduduki setelah kerja-kerja pembinaa bangunan bermula sekitar bulan Oktober 2009. Meskipun ketiadaan bilik sains yang sempurna kelas-kelas sains dapat juga dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Bila saja bangunan baru siap, makmal sains sekali lagi digunakan sebagai kelas sementara sementara menantikan perbut@kerusi meja murid tiba. Akhirnya panitia Sains menerima notis supaya menyegerakan penggunaan sekita 1 Feb lepas. Maka bermulalah kerja-kerja memunggah dan meyusun semula alatan Sains yg telah di simpan di beberapa tempat tertentu.
Murid-murid telah diminta membantu dalam mengemas dan membersihkan alatan sebelum menyusun di tempat-tempat yang sesuai.
Kerja-kerja bermula sekitar 9 pagi dengan diketuai oleh cikgu Nor Khori sambil dibantu oleh guru-guru yang berkelapangan serta murid-murid.
Pihak Panitia Sains ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada En Zakaria yang turut memantau kerja-kerja menyusun semula alatan dan murid-murid yang mejayakan program pada kali ini. Terima kasih semua...

Sesi motivasi daripada GPK1 yang baru...

Sesi perkenalan dan motivasi kepada pelajat tahun 6 daripada cikgu Sharon

16 Januari 2012

Majlis perpisahan KEBIRU untuk En Misron

Satu majlis perpisahan anjuran KEBIRU telah diadakan di Kompleks Johor Land, Bandar Dato' Onn bagi meraikan perpisahan Cikgu Misron. Sepertimana yang semua telah maklum, Cikgu Misron telahpun berpindah setelah hampir 32 tahun mencurahkan bakti di sekolah ini. Majlis yang ceria ini kerap di selangi dengan kesedihan. Maklumlah inikan majlis perpisahan.
Majlis yang bermula sekitar 12.30 tgh telah dihadiri oleh sebahagian besar guru dan staf. Syukurlah kami berada di dalam bilik berhawa dingin kerana di luar cuacanya sangat panas dan menyengat.
Kelihatan Cikgu Misron agak sebak semasa menyampaikan ucapan sambil mengimbau nostalgia beliau sepanjang perkhidmatan di sekolah ini. Seperti kata beliau, "Batu dan pokok pun dah kenal dengan dia". Begitulah akrabnya beliau dengan sekolah ini. Memang tidak dinafikan, walaupun sekolah ini agak tersorok dan pedalaman tapi ianya bagaikan berkuasa magnet dapat menarik kecintaan warga pendidiknya sehunggakan begitu sayang dan sukar meninggalkan sekolah ini.
Banyak sekali acara-acara pertukaran hadiah pada petang itu. Mana mungkin saya dapat meletakkan semua gambar-gambar di dalam ruang yang terhad ini. Jelas sekali Cikgu Misron berada di dalam suatu tempat istimewa di dalam hati para guru dan staf sekolah ini.
Majlis diteruskan lagi dengan jamuan makan sebelum bersurai. saya tak dapat untuk terus berada lama di dalam majlis ini kerana sakit kepala (mungkin sebab cuaca yang agak panas).

Kepada En Misron, jasa dan budimu amatlah kami hargai dan akan kami kenang selama-lamanya. Semoga diberikan kesihatan dan dipanjangkan umur. Insya-Allah kita akan berjumpa lagi. Selamat maju jaya.....

Majlis perpisahan Cikgu Misron bersama murid

Pada hari Jumaat 13/01/2012 yang lepas. Satu majlis perpisahan untuk Cikgu Misron sempat diadakan di Dewan Ilmu. Cikgu Misron telah di dinaikkan pangkat menjadi Guru Besar di SK Tanjung Langsat.
Kelihatan sebahagian guru yang turut sama di dalam majlis tersebut.
Ucapan wakil murid
Ucapan dan pesanan terakhir Cikgu Misron kepada semua murid..
Majlis sebegini tidak sah kalau tidak disertai dengan penyampaian hadiah tanda ingatan dan kasih sayang. semoga suksess di tempat baru dan selamat maju jaya diucapkan kepada cikgu Misron.

Canderahati KEBIRU 2010-2011

Teima kasih kepada semua yang telah memberikan kerjasama sepanjang sesi perkhidmatan KEBIRU 2010-2011
Related Posts with Thumbnails