16 Januari 2012

Majlis perpisahan KEBIRU untuk En Misron

Satu majlis perpisahan anjuran KEBIRU telah diadakan di Kompleks Johor Land, Bandar Dato' Onn bagi meraikan perpisahan Cikgu Misron. Sepertimana yang semua telah maklum, Cikgu Misron telahpun berpindah setelah hampir 32 tahun mencurahkan bakti di sekolah ini. Majlis yang ceria ini kerap di selangi dengan kesedihan. Maklumlah inikan majlis perpisahan.
Majlis yang bermula sekitar 12.30 tgh telah dihadiri oleh sebahagian besar guru dan staf. Syukurlah kami berada di dalam bilik berhawa dingin kerana di luar cuacanya sangat panas dan menyengat.
Kelihatan Cikgu Misron agak sebak semasa menyampaikan ucapan sambil mengimbau nostalgia beliau sepanjang perkhidmatan di sekolah ini. Seperti kata beliau, "Batu dan pokok pun dah kenal dengan dia". Begitulah akrabnya beliau dengan sekolah ini. Memang tidak dinafikan, walaupun sekolah ini agak tersorok dan pedalaman tapi ianya bagaikan berkuasa magnet dapat menarik kecintaan warga pendidiknya sehunggakan begitu sayang dan sukar meninggalkan sekolah ini.
Banyak sekali acara-acara pertukaran hadiah pada petang itu. Mana mungkin saya dapat meletakkan semua gambar-gambar di dalam ruang yang terhad ini. Jelas sekali Cikgu Misron berada di dalam suatu tempat istimewa di dalam hati para guru dan staf sekolah ini.
Majlis diteruskan lagi dengan jamuan makan sebelum bersurai. saya tak dapat untuk terus berada lama di dalam majlis ini kerana sakit kepala (mungkin sebab cuaca yang agak panas).

Kepada En Misron, jasa dan budimu amatlah kami hargai dan akan kami kenang selama-lamanya. Semoga diberikan kesihatan dan dipanjangkan umur. Insya-Allah kita akan berjumpa lagi. Selamat maju jaya.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails