16 Mei 2011

Master Chef Hari Guru SKFUT 2011

Barangkali ini adalah sambutan hari guru yang terbaik diadakan di sekolah ini...
Satu pertandingan ala master chef yang disertai oleh kira-kira 50 orang guru dan staf sekolah mengikut 5 kumpulan masing-masing.
Acara-acaranya ialah;
1. Gubahan buah tembikai
2. Masak ayam
3. Nasi Goreng
4. Hidangan makanan...
Walaupun pertandingan dijalankan di bawah garaj kereta, namun para peserta telah menunjukkan komitmen yang tinggi dan semangat bersaing yang kuat...
Ada pasukan yang seragam apron dan topi
Setiap kumpulan dianggotai oleh lelaki dan perempuan mengikut undian yang telah dijalankan terlebih dahulu.
Sekali-sekala bertukar angin memang menyeronokkan..
pasukan yang hanya mahu dikenali dengan nama pasukan selempang...
Masing-masing menunjukkan kreativiti dan bakat terpendam.
Pertandingan bermula 9.45 pagi dan tamat sekitar 12.15 tengahari
Ramai yang otai-otai turut tidak kedekut ilmu memasak hari ini...
Semuanya nampak happy walaupun banyak persediaan yang perlu dibuat untuk acara ini...
Murid-murid pun tekun dan berdisiplin mengikuti acara yang berlangsung.
Sebahagian daripada hasil-hasil kumpulan yang bertanding.
Cikgu Misron sudah mula memasak....Cikgu Jai pula asyik membebel saja sambil mengepit beg tangan merah.
Siapa yang tak mahu bergambar dengan Panglima ATM....hehe
Kalau boleh para juri yang mengadili pertandingan hendak disuapkan makanan...
Habis saja juri mengadili...murid-murid terus serbu nak rasa masakan cikgu mereka
..cepat-cepat...jangan lepaskan peluang
Pihak KEBIRU ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada tahun ini. Kerjasama dan sikap positif tuan/puan amatlah dihargai. Tanpa kerjasama dan bantuan daripada semua pihak majlis ini mungkin tidak dapat dilaksanakan. Terima kasih juga kepada En Zakaria Bahron Guru Besar SK Felda Ulu Tebrau, PIBG, pengurusan Utusan Malaysia, pengusaha kantin dan semua guru dan staf, ibubapa dan murid-murid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails