10 Februari 2010

Cara menjawab soalan pattern/trend atau corak subjek sains SR Siri 3

Di dalam bahagia soalan struktur subjek sains SR ada ditanyakan tentang soalan trend. Ia juga kadangkala dipanggil pattern. Sila perhatikan corak pada carta atau jadual hasil penyiasatan yang diberikan. Kebiasaannya murid terlalu gopoh menjawab soalan sehingga terlupa menyemak soalan bertanyakan tentang trend/pattern apa. Maka jawapan yang diberikan salah. Oleh itu PASTIKAN....soalan bertanyakan tentang trend/pattern APA sebelum menulis jawapan.

Jawaplah dengan ringkas. Satu perkataan yang betul sudah melayakkan anda mendapat markah penuh. Berikut adalah soalan bagi ketiga-tiga carta bar di bawah;

Q: What is the trend/pattern of the bar charts below?

Nota: Ada kalanya soalan akan bertanyakan trend/pattern secara khusus. Sila fahami soalan terlebih dahulu...
Jawapan: Increases
Jawapan: Decreases
Jawapan: At first increase and at the end decrease.

***Jangan lepaskan peluang untuk menjawab soalan ini. Ianya bolehlah dianggap mudah untuk dijawab. Dengan hanya beberapa perkataan anda akan mendapat 1 markah jika dibandingkan dengan soalan-soalan KPS (kemahiran proses sains) yang lain***

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails