Berita berkaitan sekolah muncul lagi di dalam akhbar Utusan Malaysia buat kali ketiga pada tahun ini...
21 Ogos 2010
Program Perkhemahan Motivasi Tahun 6 06-07/08/2010

Pihak sekolah sentiasa berusaha membantu pelajar-pelajar meningkatkan lagi aras pencapaian akademik mereka. Antara program yang dapat dilaksanakan menjelang UPSR ialah program motivasi yang telahpun berlangsung pada 06-07 Ogos yang lepas. Kelihatan En Misron, GPK1 (bersongkok) memberikan sedikit motivasi kepada para pelajar...

Ustaz Abdul Halim memang pandai menarik perhatian pelajar dengan ceramahnya yang santai tetapi penuh dengan panduan dan bimbingan.

Antara slot-slot yang diadakan termasuklah teknik menjawab soalan Matematik, Solat Hajat serta motivasi kerjaya yang disampaikan oleh En Mohd Fahrul (gambar atas)

Sebahagfian guru yang terlibat hadir menjayakan program ini...


Semoga dengan adanya program seumpama ini dapatlah membantu sedikit-sebanyak meningkatkan motivasi murid-murid menjelang UPSR yang bakal berlangsung pada September nanti...
Program ADaP Utusan Malaysia 05/08/2010
Persediaan awal tempat ceramah ADaP yang bakal dilangsungkan di khemah terbuka ini...
Kelihatan sebahagian daripada murid-murid yang tidak sabar-sabar mengikuti program
Murid-murid disusun supaya mudah mengikuti program
Murid-murid SK Felda Ulu Tebrau amat beruntung sekali menerima pendedahan daripada wakil Utusan Malaysia tentang penggunaan ADaP
Majlis yang dihadiri oleh guru-guru serta murid-murid Tahun 5 dan 6 ini sungguh memberi manfaat kepada semua pihak. Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian wakil akhbar Utusan Malaysia menyampaikan ceramah dan membantu meningkatkan pendidikan di sekolah kami. Terima Kasih...
04 Ogos 2010
Juara Pidato Anti-Dadah Daerah Pasir Gudang
Adik Mohd Syafik B Ahmad Satar dari kelas 5 Ibnu Sina telah mengharumkan nama sekolah kerana telah menjadi Johan Pidato Anti-Dadah sempena Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Daerah Pasir Gudang yang telah berlangsung pada 31 Julai yang lepas di SK Kota Masai 2, Pasir Gudang. Beliau yang menyampaikan pidato bertajuk Malaysia membenteras dadah telah dibimbing oleh Pn Puziah dan Ustazah Siti Hajar. Syabas dan tahniah kami ucapkan.
Pungutan Derma Tabung Gaza
Majlis Penutup Bulan Kempen Membaca
Langgan:
Catatan (Atom)