10 April 2012

Program Pembangunan Lestari 1 Malaysia USM di SK Felda Ulu Tebrau

Sekolah telah menerima sekumpulan mahasiswa daripada USM yang sedang menjalankan program Pembangunan Lestari 1 Malaysia yang bertempat di Felda Ulu Tebrau pada 9 April lepas. Kunjungan mereka bermula sekitar 9.00 pagi telah dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan khusus untuk murid-murid Tahun 6.

Sekolah kami merasa amat bergembira dan berbesar hati menerima kunjungan para mahasiswa USM yang terlibat dalam program kali ini. Semoga program yang berfaedah ini diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang dan dapat memberi manfaat kepada semua pihak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails