29 April 2010

Ceramah kesihatan pergigian

Ceramah kesihatan pergigian telah disampaikan kepada pelajar oleh jururawat bertugas. Ceramah telah disampaikan di makmal komputer sekolah. Adalah diharapkan para pelajar mengambil pengajaran yang berguna daripada ceramah ini.

Perhimpunan pagi

Perhimpunan pada setiap pagi telah dihidupkan semula untuk memupuk disiplin pelajar serta dapat diselitkan dengan pelbagai sisipan pagi guru-guru terlibat. Perhimpunan selama 15 minit ini dijalan dari hari Selasa hingga Khamis bermula pada pukul 7.00 pagi

Juadah pagi ini

Juadah buah tangan Pn Puziah. Sungguh lazat dan berkhasiat

26 April 2010

Rawatan Pergigian di sekolah

Bukanlah sesuatu yang menggembirakan apabila menerima kedatangan pasukan perubatan pergigian di sekolah. Mulalah ada yang kecut perut. Namun tugas tetap diteruskan. Hari ini sekolah kami telah dikunjungi oleh sepasukan petugas klinik pergigian yang akan berkampung selama 4 hari. Memandangkan sekolah sedang mengalami transformasi bangunan, maka bilik operasi pergigian ini dijalankan di bilik pendidikan khas. Kelihatan di gambar sebahagian murid-murid dari kelas 6 Ibnu Sina sedang menerima rawatan.

Apam gula hangus

Hidangan istimewa yang disediakan oleh ustazah Sri Mawati. Lazat dan berkhasiat

24 April 2010

Pasukan bola baling di kejohanan MSS Zon Tiram

Sebahagian dari[ada gambar-gambar penyertaan pasukan sekolah ke kejohanan bola baling MSSZ Tiram tempohari.

23 April 2010

Kismis minda

Kelihatan Ustazah Sri Mawati sedang sibuk menyrdiakan pek-pek kismis untuk sarapan minda. Adalah dipercayai dengan memakan kismis secara tetap minda murid akan menjadi lebih cerdas.

Solat Hajat UPSR

Solat hajat murid-murid yang bakal menduduki UPSR tahun ini telahpun dilaksanakan selepas bacaan surah Yassin pada setiap pagi Jumaat. Program Solat hajat yang dilaksanakan oleh panitia Agama Islam ini aadalah sebahagian daripada usaha murid-murid dan sekolah untuk mencapai kecemerlangan di dalam UPSR tahun ini. InsyaAllah

Gerak cepat NKRA

Taklimat serba ringkas tentang NKRA oleh En Misron yang memerlukan tindakan segera guru-guru kelas menyediakan analisa peperiksaan akhir tahun sejurus selepas bacaan surah Yaasin pagi tadi.

Minggu pelam

Minggu ni kabin guru diserang buah pelam...masam-masam tapi sedap

15 April 2010

Kejohanan bola tampar MSSD Pasir Gudang 2010

Bermula dari 13-14 April yang lepas, SK Felda Ulu Tebrau telah menjadi tumpuan para peseta pertandingan bola tampar bagi MSSD Pasir Gudang. Lihat sajalah gambar-gambar di atas yang menunjukkan betapa meraahnya kejohanan yang telah berlangsung selama dua hari ini.

12 April 2010

Kain batik rasmi

Untuk rekod, ini adalah kali ke-tiga pemilihan batik rasmi sekolah telah dibuat. Manakala pemilihan batik-batik yang terdahulu terpaksa dirombak semula ekoran corak tersebut telahpun dipilih oleh pihak lain.

Persiapan tempat kejohanan bola tampar MSSD Pasir Gudang

Keja-kerja persiapan sebagai penyedia gelanggang bola tampat MSSD Pasir Gudang yang bakal berlangsung esok turut dibuat pada hari ini. Garisan yang pada walnya berwarna merah telah diubah kepada warna kuning. Kelihatan En Misron turut turun padang membuat garisan. Dijangkakan sebanyak 30 pasukan bakal berentap pada kejohanan yang bakal berlangsung esok.

Sebelum dan sesudah majlis 10/04/2010

Gambar-gambar kenangan sebelum dan sesudah majlis yang telah berlangsung pada 10/04/2010 yang lepas. Gambar-gambar telah diambil menggunakan telefon tangan. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Sumbangan anda amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.
Related Posts with Thumbnails