12 April 2010

Majlis 3 dalam 1 10/04/2010

Murid-murid telah berkumpul seawal pagi di gelanggang futsal besebelahan dengan dewan Felda Ulu Tebrau
Murid-murid kelihatan segak bergaya berkaian baju melayu lengkap menghadiri majlis sambutan maildur rasul
Ustaz Hj Muhammad Amir megetuai bacaan Selawat Nabi
Antara acara sepanjang majlis maulud dijalankan ialah bacaan Al Quran dan terjemahan, bercerita dan tayangan video.
Majlis tidak lengkap jika tidak disertakan dengan jamuan. Kelihatan Pn Azizah sedang sibuk mengagihkan bungkusan makanan kepada murid-murid.
Majlis diteruskan dengan Majlis Anugerah 2009 dan diikuti dengan Mesyuarat Agong PIBG. Kelihatan persembahan koir murid tahun 4.
Tuan guru besar telah membuat catatan rekod peribadi dengan membuat tiga ucapan dalam sehari di dalam majlis yang berlainan.
Ucapan daripada En Fakri B Sulai, YDP PIBG SK Felda Ulu Tebrau
Majlis Mesyuarat Agong PIBG telah dirasmikan oleh YB Dr. Gunawan B Hj Mahmood, Setiausaha Politik YB. Menteri Besar Johor
Dr. Gunawan B Hj Mahmood turut menyampaikan anugerah kepada pelajar-pelajar cemerlang tahun 2009
Pelajar-pelajar cemerlang UPSR 2009 yang telah mengharumkan nama sekolah sempat bergambar kenang-kenangan di majlis ini.
Majlis diteruskan lagi dengan Mesyuarat Agong PIBG kali ke-30. YDP dan NYD PIBG telah dikekalkan di jawatan masing-masing sementara beberapa perubahan kecil turut berlaku di dalam AJK. Tahniah diucapkan kepada yang telah dilantik. Selamat menjalankan tugas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails