04 September 2009

Operasi menyusun bilik peperiksaan

Kerja-kerja menyusun meja UPSR telahpun bermula pagi ini. Kerja-kerja ini telah ketuai oleh En Ridzuan dan dibantu oleh AJK dan murid-murid. Kelihatan di gambar En Sahak, En Hanafi dan En Yazid sedang tekun bertugas. Gambar ini bukanlah lakonan tetapi kerja mereka memang cukup cemerlang pagi ini...
Dan yang ini pula sempat juga berposing manja untuk foto blog....
Agak sulit juga menyusun kerusi meja pada hari ini kerana bilik peperiksaan yang digunakan enam buah dan kerusi meja yang lain terpaksa di letak di tempat yang sedia kala memang dah penuh. Puasa pulak tu.
Kelihatan teacher Zarina dan En Fadzli sibuk mengemas bilik peperiksaan sambil dibantu murid-murid tahun 6.
Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada guru-guru dan murid-murid yang telah banyak menyumbangkan masa dan tenaga sepanjang operasi ini. Tanpa bantuan dan keikhlasan anda semua ini belum tentu akan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails