Rugi tak jadi ahli rumah sukan kuning :)
26 Mei 2012
Gelagat pegawai sukan di sukantara sekolah
Sekalung tahniah kepada para pegawai yang telah memberikan sepenuh komitmen dan sokongan yang tak berbelah bagi sepanjang sukantara tahunan yang telah berlangsung baru-baru ini
Karnival 1 murid 1 sukan diteruskan
Acara-acara karnival 1 murid 1 sukan diteruskan untuk murid-murid tahun yang tidak dapat menyertainya pada Sabtu lepas lantara kesuntukan masa... permainan memang panas serta penuh semangat kesukanan ditunjukkan oleh para peserta
Sukantara 2012
Sebahagian daripada para peserta yang terlibat dalam sukantara antara rumah 2012 yang telah berlangsung baru-baru ini
22 Mei 2012
Gerai jualan Smart Kidz sk felda ulu tebrau diserbu
Pecah panggung - itulah istilah yang dapat saya gambarkan tentang sambutan terhadap gerai kelab Smart Kids yang telah mendapat sambutan luar biasa sekali
Jelas sekali lebih banyak permintaan darpada penawaran. Pujian juga harus diberikan kerana walaupun mendapat permintaan tinggi namun masih lagi tetap dengan harga asal.... kelihatan banyak sekali tangan-tangan yang berebut-rebut menghulur wang untuk tidak melepaskan peluang keemasan merasai juadah yang disediakan
Ramai sekali yang hampa kerana tak berkeempatan membeli termasuklah saya. Semoga dengan aktiviti sihat seumpama ini dapat memupuk minat murid di alam perniagaan
Label:
Akademik,
Ko Kurikulum
Karnival sukan 1 murid 1 sukan diteruskan lagi tahun ini. Venue yang sama iaitu karnival berlangsung di persekitaran dewan raya Felda Ulu Tebrau. Sebanyak empat acara dilangsungkan iaitu futsal, bola jaring, badminton dan catur
Ok... dapat aja peluang baik awak jangan lepaskan k... zassst terus
Cuaca begitu baik pada pagi ini memudahkan lagi jadual perlawanan
Penat .... kita minum duluuuu
Pegawai-pegawai kejohanan kelihatan terlalu letih hingga tak larat nk duduk tegak. Hanya cikgu Marni saja yang masih mampu bertahan....
Langgan:
Catatan (Atom)