31 Ogos 2010

Pejabat sekolah ceria menjelang Syawal

Walaupun sekolah kami tidaklah secanggih dan seceria sekolah-sekolah lain, tetapi tidak juga ketinggalan menceriakan suasana menjelang Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Program mentor-menti UPSR 2010

Sebahagian daripada usaha sekolah membantu pelajar di saat-saat akhir ini adalah program mentor-menti yang kelihatannya mendapat sambutan menggalakkan daripada guru-guru dan murid-murid...Program ini berlangsung selama 30 minit selepas waktu persekolahan.

Kereta baru cikgu Jumali

Syawal yang mulia bakal tiba tidak lama lagi. Begitu juga jelas kegembiraan cikgu Jumali apabila menerima kereta barunya beberapa hari yang lalu...
Pembelian kereta baru ini memang tidak dapat dielakkan lagi kerana kereta beliau yang lama sering mengalami kerosakan sehingga beliau terpaksa menempah kereta yang baru...
wow...Proton Waja 1.6 CPS
broom...brooomm....broooommmmm
Enjin keretanya pun masih berbau wangi lagi...
Sesi suaikenal kereta beliau turut menjadi perhatian rakan-rakan guru dan kakitangan sekolah..
Tahniah cikgu Jumali...

Pemilihan pemenang peraduan lukisan sempena sambutan hari kemerdekaan peringkat sekolah 2010

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-53

25 Ogos 2010

Cara menjawab soalan hipotesis ( hypothesis ) Science UPSR SR

Murid-murid barangkali sudah pun mengenal sejenis soalan yang selalu ditanyakan di dalam kertas soalan Sains SR bahagian struktur (Bahagian B).

Tahukah murid-murid hipotesis (hypothesis) juga kadangkala ditulis sebagai hubungan di antara atau (relationship) di dalam soalan Sains. Hypothesis atau relationship adalah soalan yang sama. Dengan itu janganlah murid-murid terkeliru dengan panggilan/perkataan yang digunakan. Didapati ramai murid yang menulis jawapan dengan teknik menjawab soalan AIM akibat daripada perkataan RELATIONSHIP...maka berhati-hatilah.

Hipotesis/Hypotesis sebenarnya adalah jangkaan awal sesuatu teori sebelum sesuatu hasil kajian sains itu diperolehi. Hipotesis boleh diuji dan dibuktikan. Kebiasaannya yang ditekankan di dalam penulisan hipotesis ialah kaitan pembolehubah dimanipulasikan/things to change dan pembolehubah bertindakbalas/things to measure

Mari kita belajar cara menjawab soalan hipotesis menggunakan soalan di bawah ini...

Situasi:

Pasu X dan pasu Y yang sama saiz, ditanam dengan jumlah anak benih yang berbeza. Kedua-dua pasu diletakkan di tempat yang sama dan mempunyai tanah yang mengandungi nisbah air yang sama. Selepas seminggu hasil penyiasatan telah digambarkan seperti rajah di atas.

TTC: number of green seeds
TOM: the hight of green seedlings after a week

Panduan cara menulis... Tulis dengan berkadar terus sahaja dengan melihat kepada perubahan TTC dan perubahan TOM. Pastikan kamu menulis TTC dahulu dan diikuti oleh TOM

Contoh jawapan:

1. The number of green seeds INCREASE, the height of green seedlings DECREASE
2. The number of green seeds DECREASE, the height of green seedlings INCREASE

*******************************************

Teknik ini sesuai jika kajian melibatkan kedua-dua objek. Cuma bezanya satu pihak menerima lebih atau kurang TTC.

Namun begitu ada juga soalan yang TTC nya hanya melibatkan satu pihak sahaja, maka teknik penulisan di atas adalah agak kurang sesuai untuk diguna pakai.

Contoh soalan :
Ada 2 pasu pokok sama jenis yang mendapat air, baja, jumlah tanah dan pasu yang sama. Sebuah pasu diletakkan di dalam kotak, manakala satu lagi diluar kotak. Selepas seminggu, pokok di dalam kotak didapati layu.

maka...

TTK= pokok sama jenis, air, baja, jumlah tanah dan jenis pasu
TTC= kehadiran cahaya matahari (the presence of sunlight)...sebab letak dalam kotak
TOM= keadaan pokok selepas seminggu (the condition of the plant after a week)

lihat pada TTC dan TOM...

The presence of sunlight (TTC) is important for the tree to grow healthy (TOM-condition of the plant after a week @ obesrvation)

***************************
.....namun begitu ada pendapat yang membenarkan cara menjawab soalan conclusion ditulis secara menulis jawapan hipotesis. Terpulanglah kepada para pelajar memilih cara mana yang sesuai untuk menulis kesimpulan.

21 Ogos 2010

Jadual peperiksaan UPSR 2010 (SK)

Jadual Peperiksaan UPSR (SK) tahun 2010

21 September 2010 (Selasa)

08:15 pg- 09:05 pg Bahasa Melayu Pemahaman (50 minit)

09:45 pg- 11.00 pg Bahasa Melayu Penulisan (1 jam 15 minit)

11:45 pg - 12:25 tgh Matematik kertas 2 (40 minit)

22 September 2010 (Rabu)

08:15 pg- 09:15 pg Matematik kertas 1 (1 jam)

23 September 2010 (Khamis)

08:15 pg- 09:30 pg Sains (1 jam 15 minit)

10:15 pg-11.05 pg Bahasa Inggeris kertas 1 (50 minit)

11:45 pg - 01.00 ptg Bahasa Inggeris kertas 2 (1 jam 15 minit)

o2:15 ptg - 03:45 ptg Ujian Aptitud (1 jam 30 minit)


Related Posts with Thumbnails