01 Februari 2010

Taklimat program kecemerlangan UPSR bulan Februari

En Misron sempat menyampai dan menerangkan program-program kecemerlangan UPSR yang bakal bermula esok. Antaranya ialah murid akan datang seawal 7.00pg untuk revisi singkat selama 15 minit dan kelas tambahan selepas sekolah sehingga pukul 2.00ptg.

Persediaan padang

Ini bukan adegan menanam sayur tetapi sebahagian daripada penyediaan padang bagi persediaan para atlit sekolah ke kejohanan olahraga Zon Tiram. Kelihatan cikgu Fadzli (memakai topi hadiah ustazah Hashimah Wasir) sedang tekun menyiapkan garisan. Tiada dalam gambar tetapi turut berpanas menyiapkan padang ialah En Yusof, En Nahar dan En Nasir. Terima kasih

keceriaan makmal komputer 2010

Setelah mendengar ura-ura akan ada lawatan ke makmal komputer sekolah, beberapa inisiatif telah dilakukan termasuklah keceriaan.
Antaranya ialah sudut bacaan. Yang pada bunyinya agak pelik tetapi inilah yang diminta oleh pihak terbabit.
Beberapa banner turut digantung di sudut-sudut yang sesuai. Tapi pastikan ianya sesuai untuk murid.
Dan yang ini lagi sukar untuk difahami maksudnya....

Perlantikan pengawas sekolah dan perpustakaan 2010

Berdebar-debar nampaknya sebelum majlis bermula
Yang besar di tengah itulah ketua pengawas perpustaan
Semuanya kelihatan berpakaian bersih dan kemas menghadiri majlis perlantikkan ini.
Walaupun bertubuh kecil, tetapi berjawatan besar. Itulah adik Filzah Fakhira sebagai ketua pengawas.
Timbalan ketua pengawas adik Muhamad Harith Haiqal
Sesuai dengan saiznya. Inilah ketua pengawas perpustakaan yang baru adik Muhamad Alif Ikmal
Timbalan ketua pengawas perpustakaan, adik Suhaila Faiqah.

Tahniah kepada semua yang telah dilantik. Semoga dapat menjalankan tugasan yang diamanahkan dengan penuh dedikasi

Pengawas sekolah dan pengawas perpustakaan

Sebahagian daripada pengawas sekolah dan pengawas perpustakaan sempat bergambar kenangan di hari perlantikan mereka

Persiapan PA sistem

Agak sibuk juga rakan-rakan guru menyediakan PA sistem untuk majlis perhimpunan pada pagi ini. Lagu-lagu perhimpunan masih lagi menjadi masalah. Masalah akhirnya di atasi apabila deck player baru digunakan. Alhamdulillah

30 Januari 2010

Cara mengenal pembolehubah (variables) dalam ujikaji sains SR siri 1

Sebelum mengenali variables(pembolehubah) kita mesti tahu jenis-jenis variables. Kita akan gunakan rajah di atas sebagai panduan.

Situasi:

Pasu X dan pasu Y yang sama saiz, ditanam dengan jumlah anak benih yang berbeza. Kedua-dua pasu diletakkan di tempat yang sama dan mempunyai tanah yang mengandungi nisbah air yang sama. Selepas seminggu hasil penyiasatan telah digambarkan seperti rajah di atas.

A. Fix / Constant variable juga dikenali sebagai Things to keep the same (TTK)
--- banyak benda yang sama/tidak berubah. Lihat dan baca situasi yang diberikan. Maka jawapan yang sesuai tentulah jenis benih, saiz pasu, tanah yang sama, dan tempat ujikaji dijalankan.

B. Maniputalted variables juga dikenali sebagai Things to change (TTC)
--- hanya satu saja yang diubah dalam ujikaji di atas iaitu bilangan anak benih yang ditanam di dalam setiap pasu.
--- Adalah tidak logik jika terdapat lebih daripada 1 TTC kerana hasil ujikaji akan menjadi celaru.

C. Responding variables juga dikenali sebagai Things to measure, see, observe (TOM)
--- Perhatikan perubahan yang dapat dilihat dalam rajah atau ramalan apa yang bakal berlaku hasil dari ujikaji tersebut.

**diharap panduan ringkas ini dapat membantu murid-murid dan guru memahami dengan lebih jelas tentang pembolehubah @ variables.
Related Posts with Thumbnails