13 Oktober 2009

permainan dalaman

Pagi ni lebat pula hujan yang turun. Rancangan mengadakan pertandingan street soccer terpaksa ditunda dan diganti dengan pertandingan permainan dalaman seperti dam aji, congkak dan chess.
Cikgu Jumali nampaknya sedang sibuk melayan dan menyediakan pemain yang akan bertanding pada pagi ini.
Sempat juga cikgu-cikgu mencuba ketajaman minda dengan permainan dam aji. Cikgu Fadzli (sedang menepuk dahi) kerap terlupa nak makan buah pihak lawan....mungkin beranggapan peluang untuk menang semakin tipis...

Rumah terbuka En Misron

Semalam berlangsung rumah terbuka En Misron. Kebetulan rumah beliau berhampiran sekolah. Ini meransang lagi sambutan guru-guru. Lebih-lebih lagi majlis diadakan pada waktu makan tengah hari.
Majlis yang hampir tergendala akibat hujan ini akhirnya berjalan dengan lancar. Kelihatan wajah-wajah ceria guru-guru yang kekenyangan di luar rumah. Menu istimewa En Misron ialah nasi ayam, soto dan puding (wajib)..

Peladuk dua serupa

Kalau diamati betul-betul wajah Tan Sri Dato' Seri Syed Yusof Tun Syed nasir ni mirip wajah cikgu Zainal Abdin...betul ke
Keratan akhbar semalam yang menunjukkan gambar tersebut di akhbar Utusan Malaysia 12/10/2009 halaman 9...

12 Oktober 2009

Sarapan pagi ini

Pagi ini kami dihidangkan dengan lontong goreng, ketupat pulut, ubi rebus oleh Pn Zarina dan Pn Saniah. Nampaknya belum habis lagi suasana hari raya ni. Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, hidangan ini tak sampai berapa jam telah habis dimakan.
Kelihatan cikgu Rosmaya malu-malu kucing ketika gambar beliau sedang makan diambil. Jangan malu-malu ye. Teruskan...

Gotong-royong tolak peti besi

Beginilah keadaannya semasa proses mengalihkan peti besi di bilik guru besar. Seramai 9 orang tenaga guru lelaki diperlukan untuk mengalihkan peti yang berat ini. terima kasih kepada semua yang terlibat.

11 Oktober 2009

Marhaban

Majlis marhaban kali ini dijalankan serentak untuk 3 buah rumah guru yang tinggal di Taman Impian Jaya. Dapat jugalah kami melihat rumah-rumah contoh Taman Impian Jaya. Majlis bermula di rumah Pn Saniah...ketupat pulut dan nasi biriani mereka sajikan...
Rombongan marhaban seterusnya bergerak ke rumah Pn Zarina dan menu istimewa mereka ubi rebus dan sambal sotong...
Sempat juga saya merakam ucapan Pengerusi KEBIRU, En Sahak selaku ketua marhaban memberikan ucapan alu-aluan kepada tuan rumah.
Majlis berakhir di rumah Ustazah Nurul Huda. Memandangkan ini adalah rumah ketiga maka power ahli-ahli marhaban sedikit menurun. Menu istimewa mereka ialah roti dan stew daging. Terima kasih kepada tuan rumah kerana sudi menerima kehadiran kami.

LDP siri 5

Guru-guru berkumpul secara tidak rasmi di warong Nora untuk sarapan pagi...
Berborak-borak dulu sambil menantikan penceramah
Kelihatan guru-guru sedang bersedia mendengar ceramah
Ceramah disampaikan oleh Cik Zila dan En Zainal Abidin. Tempat berkursus ini telah disediakan oleh PPR Felda Ulu Tebrau. Begitu juga dengan jamuan makan tengah hari. Jawatankuasa LDP ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PPR Felda Ulu Tebrau serta semua yang menjayakan latihan pada kali ini.
Related Posts with Thumbnails