Acara-acara karnival 1 murid 1 sukan diteruskan untuk murid-murid tahun yang tidak dapat menyertainya pada Sabtu lepas lantara kesuntukan masa... permainan memang panas serta penuh semangat kesukanan ditunjukkan oleh para peserta
26 Mei 2012
Sukantara 2012
Sebahagian daripada para peserta yang terlibat dalam sukantara antara rumah 2012 yang telah berlangsung baru-baru ini
22 Mei 2012
Gerai jualan Smart Kidz sk felda ulu tebrau diserbu
Pecah panggung - itulah istilah yang dapat saya gambarkan tentang sambutan terhadap gerai kelab Smart Kids yang telah mendapat sambutan luar biasa sekali
Jelas sekali lebih banyak permintaan darpada penawaran. Pujian juga harus diberikan kerana walaupun mendapat permintaan tinggi namun masih lagi tetap dengan harga asal.... kelihatan banyak sekali tangan-tangan yang berebut-rebut menghulur wang untuk tidak melepaskan peluang keemasan merasai juadah yang disediakan
Ramai sekali yang hampa kerana tak berkeempatan membeli termasuklah saya. Semoga dengan aktiviti sihat seumpama ini dapat memupuk minat murid di alam perniagaan
Label:
Akademik,
Ko Kurikulum
Karnival sukan 1 murid 1 sukan diteruskan lagi tahun ini. Venue yang sama iaitu karnival berlangsung di persekitaran dewan raya Felda Ulu Tebrau. Sebanyak empat acara dilangsungkan iaitu futsal, bola jaring, badminton dan catur
Ok... dapat aja peluang baik awak jangan lepaskan k... zassst terus
Cuaca begitu baik pada pagi ini memudahkan lagi jadual perlawanan
Penat .... kita minum duluuuu
Pegawai-pegawai kejohanan kelihatan terlalu letih hingga tak larat nk duduk tegak. Hanya cikgu Marni saja yang masih mampu bertahan....
20 Mei 2012
Laporan bergambar sambutan hari guru 2012 Sk Felda Ulu Tebrau (3)
Majlis sambutan hari guru tahun ini disudahi dengan jamuan KEBIRU. Banyak juga aktiviti menarik seperti bertukar-tukar hadiah, cabutan bertuah dan acara memotong kek.
17 Mei 2012
Laporan bergambar sambutan hari guru 2012 Sk Felda Ulu Tebrau (2)
Sesuai dengan tema sambutan tahun ni iaitu Gaya Hidup Sihat... maka beberapa acara permainan telah diaturkan untuk guru-guru. Acara-acara telah dijalankan betul-betul di bawah panahan terik matahari... walaupun demikian, guru-guru terlibat sungguh sporting dan memberikan kerjasa tak berbelah bagi... Maaf, gambar guru-guru perempuan semasa sukaneka tidak banyak saya upload... jika berminat bolehlah menempah sekeping dua daripada saya :)
Langgan:
Catatan (Atom)










