04 November 2010

Piala Budiman

Satu pertandingan memancing suka-suka yang dinamakan Piala Budiman bersempena pra sambutan persaraan En Budiman telahpun dijalankan pada 31/10 yang lepas. Ramai juga kakitangan yang menyertai termasuklah saya yang kali pertama turun menyembat. Cuaca memang sungguh baik pada hari tersebut. Ada juga kakitangan yang hadir denagn pasukan sorak masing-masing....

26 Oktober 2010

Rombongan Pra-sekolah ke JB

Pertandingan Nasyid Tahun 6, 2010

Persembahan yang hebat-hebat belaka daripada kumpula-kumpulan nasyid murid-murid Tahun 6.

Laporan bergambar sukantara 18-19 Okt 2010

Ceramah Benci Zina

Pada setiap Jumaat pagi selepas majlis bacaan Yaasin, Ustaz Abdullah akan menyampaikan ceramah ringkas. Antara tajuk yang diketengahkan adalah tajuk Kami Benci Zina. Semoga dengan ceramah-ceramah yang disampaikan ini akan memberi manfaat dan panduan kepada semua.

Roti halia (garlic bread) dan sup cendawan (mushroom soup)

Antara menu terbaik yang tercalon untuk merebut anugerah sarapan pagi paling lazat 2010. Walaupun hidangannya ringkas tapi penuh bermakna...

14 Oktober 2010

Cadangan jamuan akhir tahun KEBIRU 2010

Jamuan KEBIRU tahun 2010 ini alangkah bahagianya kalau ada kelainan sikit... Cadangan tarikh 14 Nov 2010 (Ahad) jam 8.00 malam
Jamuan di atas kapal pelayaran bukanlah sesuatu yang biasa bagi kita kebanyakkan...
Besarlah harapan kami cadangan ini mendapat sokongan sepertimana besarnya kapal yang bakal kita layari nanti...
Untuk itu, setelah dihubungi pihak terbabit, satu pertemuan untuk melihat kapal dan fasiliti yang ditawarkan telah diaturkan...belum sampai lagi, tapi hati sudah melonjak-lonjak
Semakin dekat, semakin cantik
Jambatan yang digunakan untuk menghubungkan dengan daratan memang luas dan selesa serta tidak membimbangkan...
Palang-palang pada sisi kapal juga disediakan...angin yang meniup membuatkan kami seolah-olah turut belayar sedangkan kapal sedang berlabuh pada waktu itu...
Suasana sekitar haluan kapal yang menghubungkan dek bawah dan atas (kapal ini memiliki 3 tingkat)...sesuai untuk anak-anak yang suka bermain...
Ruang lapang sebelum bilik jamuan tingkat 2. Lagi ruangan yang luas disediakan untuk aktiviti bebas.
Gambar-gambar ruang makan yang sempat kami rakamkan rasanya cukup memberikan sedikit bayangan tentang suasana kapal tersebut. Secara ringkasnya rancangan ini dapat direalisasikan jika perkara-perkara berikut dapat dipenuhi.

Membeli 100 tiket *pelayaran selama lebih kurang 2 jam 30 minit dan buffet makananan*
(dewasa RM50 / kanak-kanak 3-12 RM25)

ATAU

Bayar surcaj sebanyak RM1500 jika beli tiket kurang dari 100

Mari kita fikirkan... (jangan lama-lama sangat tau)

Related Posts with Thumbnails