14 Oktober 2010

Pertandingan catur dan dam Haji Tahun 6

Antara salah satu aktiviti yang disediakan untuk murid-murid tahun 6 terlibat selepas UPSR. Aktiviti yang dikelolakan oleh cikgu Yazid ini mendapat sambutan yang menggalakkan...

Jamuan ringkas Hari Raya

Majlis jamuan ringan serba ringkas di kabin guru (08/10/2010) umpama jamuan penutup sambutan Hari raya secara tidak sengaja. Terima kasih yang tidak terhingga di atas inisiatif rakan-rakan guru yang sudi membawa juadah yang lazat-lazat seperti spaghetti meat ball Bolognese , laksa Penang, Sup bubur cendawan, nasi himpit, daging ayam berempah, aneka pudding, kuih muih dan macam-macam lagi...memang pandai dan berbakat besar mereka memasak...Terima kasih daun keladi...

Bacaan Yassin di gelanggang

Bacaan Yassin kali ini (8/10) dilakukan di kawasan lapang memandangkan surau sedang dicat baru

07 Oktober 2010

Bangunan Baru 9/2010

Tingkat empat sudah pun kelihatan...
bagaimanapun, pokok-pokok manggis yang ditanam berhampiran bangunan baru seeloknya dipotong untuk pencahayaan yang lebih baik.
warga SK Felda Ulu Tebrau bolelah berbangga dengan laluan bertingkat antara bangunan lama dan bangunan baru yang unik...

Gambar-gambar pertandingan bola sepak dan futsal Tahun 6

Sebahagian daripada gambar-gambar kenangan yang dikutip sepanjang pertandingan bola sepak (lelaki) dan futsal (perempuan) murid-murid tahun 6... Tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang kurang berjaya...banyak lagi aktiviti yang bakal disajikan...Oleh itu jangan ponteng dan datanglah ke sekolah...

Mesyuarat rumah sukan 2010

Satu mesyuarat rumah sukan telahpun dijalankan pada 01 Julai yang lepas pada pukul 11.00 pagi. Mesyuarat diadakan bertujuan memberi maklumat dan mempersiapkan murid-murid menghadapi hari sukan pada bulan November nanti.

Persiapan pertandingan bola sepak lelaki dan futsal perempuan Tahun 6 2010

Selepas majlis tahlil pada 1 Julai yang lepas, murid-murid tahun 6 telah dikumpulkan untuk diberikan kepada kumpulan-kumpulan bagi permainan bola sepak dan futsal. Pertandingan ini adalah sebahagian daripada aktiviti anjuran HEM kepada murid-murid tahun 6. Ini bertujuan menggalakkan murid-murid tersebut hadir ke sekolah selepas UPSR
Related Posts with Thumbnails