Antara salah satu aktiviti yang disediakan untuk murid-murid tahun 6 terlibat selepas UPSR. Aktiviti yang dikelolakan oleh cikgu Yazid ini mendapat sambutan yang menggalakkan...
14 Oktober 2010
Jamuan ringkas Hari Raya
Majlis jamuan ringan serba ringkas di kabin guru (08/10/2010) umpama jamuan penutup sambutan Hari raya secara tidak sengaja. Terima kasih yang tidak terhingga di atas inisiatif rakan-rakan guru yang sudi membawa juadah yang lazat-lazat seperti spaghetti meat ball Bolognese , laksa Penang, Sup bubur cendawan, nasi himpit, daging ayam berempah, aneka pudding, kuih muih dan macam-macam lagi...memang pandai dan berbakat besar mereka memasak...Terima kasih daun keladi...
07 Oktober 2010
Bangunan Baru 9/2010
Gambar-gambar pertandingan bola sepak dan futsal Tahun 6
Sebahagian daripada gambar-gambar kenangan yang dikutip sepanjang pertandingan bola sepak (lelaki) dan futsal (perempuan) murid-murid tahun 6... Tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang kurang berjaya...banyak lagi aktiviti yang bakal disajikan...Oleh itu jangan ponteng dan datanglah ke sekolah...
Mesyuarat rumah sukan 2010
Persiapan pertandingan bola sepak lelaki dan futsal perempuan Tahun 6 2010
Selepas majlis tahlil pada 1 Julai yang lepas, murid-murid tahun 6 telah dikumpulkan untuk diberikan kepada kumpulan-kumpulan bagi permainan bola sepak dan futsal. Pertandingan ini adalah sebahagian daripada aktiviti anjuran HEM kepada murid-murid tahun 6. Ini bertujuan menggalakkan murid-murid tersebut hadir ke sekolah selepas UPSR
Langgan:
Catatan (Atom)