05 November 2009

Tempahan bercuti di Tanjung Pengelih

Besempena aktiviti ko-kurikulum yang akan berlangsung di Pusat Latihan Rekut, Tanjung Pengelih, Pengerang, guru-guru yang berminat dipelawa untuk bermalam di situ seperti butiran di bawah:

Tarikh: 13 Nov 2009
Tempat: Pusat latihan Rekrut Tanjung Pengelih, Pengerang
Bayaran: RM25 (3 hari 2 malam) jika menginap
Makan malam: BBQ tepi pantai (RM10 seorang) kanak-kanak bawah 6 tahun- percuma
Aktiviti sesuai: Memancing

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En Sohimi

04 November 2009

Jamuan jambu dan pelam colet

Memang hebat tengah hari ni. Pn Asmidar dan Pn Salina datang ke sekolah membawa buah jambu air, jambu batu, dan pelam muda siap dipotong untuk dirasa. Tak sangka pula, sambutannya sungguh diluar dugaan. Yang menariknya juadah ini turut disertakan dengan sambal kicap yang enak...
Kelihatan digambar juadah ringan ini telah dikeroyok ramai-ramai. Dengar-dengarnya buat masa ini kalau ada benda-benda yang masam-masam, sambutannya memang menggalakkan. Terima kasih daun keladi, kalau ada bawalah ke mari....

Meja baru

Tengah rileks-rileks alih-alih datang lori bawa meja guru yang baru...nak letak kat mana lagi. Sekolah dah makin sempit ni...

Pemulangan buku teks

Beginilah wajah-wajah ceria pelajar-pelajar yang baru saja menerima pinjaman buku teks sekolah untuk tahun hadapan. Pemulangan dan penerimaan buku teks yang berlangsung selama dua hari akan berakhir esok.

03 November 2009

AJK PA System

Pagi-pagi lagi Cikgu Sohami dan En Hanafi bersiap sedia dengan peralatan-peralatan pembesar suara untuk kegunaan majlis konvokesyen Pendidikan Khas di SM Pasir Gudang 2. Peralat-peralatan yang banyak dan berat ini diangkut menggunakan van VW Combi kepunyaan beliau.

02 November 2009

Penanaman cerucuk bermula

Hari ini dah mula kedengaran engin jentera penanam cerucuk. Boleh tahan juga bisingnya. Nasib baik dah habis final exam. Kadang-kadang tu terasa juga gegarannya semasa cerucuk ditanam. Tiba-tiba dalam pukul 12.00 tengahari, senyap aje. Rupa-rupanya mesin rosak...tangguh lagi la jawabnya

Perkhemahan asas unit beruniform 2009

Aktiviti perkhemahan yang semu orang satu Felda Ulu Tebrau sudah tahu. Bagaimanapun sebagai ingatan dan peringatan berikut dititipkan butiran perkhemahan tersebut;

Aktiviti
Perkhemahan Asas Unit Beruniform 2009
Tarikh
13, 14, 14 hb November 2009
Masa
8.30 pg 13 Nov - 3.30 ptg 15 Nov 2009
Tempat
Pusat Latihan Rekrut Tentera Laut (PULAREK)
Pengerang, Kota Tinggi, Johor
Peserta
40 orang ahli unit beruniform
Yuran
RM10.00


Related Posts with Thumbnails