16 September 2009

Kelas Tercantik Bulan Kemerdekaan

Sampai ke hari-hari terakhir sebelum cuti hari raya, sempat lagi diadakan pertandingan keceriaan kelas sempena sambutan bulan kemerdekaan. Bukan sahaja murid-murid , malah guru-guru turut sama bertungkus lumus menyediakan kelas masing-masing. Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Kepada yang kurang bernasib baik. jangan putus asa. Semua pemenang akan diumumkan pada esok Khamis, 17 September 2009

Baju Raya

Wah wah wah...bukan main ceria lagi cikgu-cikgu ni, sempat lagi nak mencuba pakaian. Kak Zie sedang menggayakan baju raya beliau yang telah dibuat 17 tahun lalu. Jangan tak percaya pulak. Yang En Fazli pula nak beraya dengan jersi bola...mungkin baju bola tampar sudah tak berapa sesuai dibuat beraya agaknya....

Pertandingan deklamasi sajak Bulan Kemerdekaan 2009

Sebahagian daripada para peserta yang kelihatan berdebar-debar sementara menunggu giliran untuk mendeklamasikan sajak masing-masing.
Para juri yang arif lagi bijaksana...En Sahak dan En Ridzuan sedang tekun dan khusyuk menilai para peserta yang sedang membuat persembahan...
Murid-murid kelihatan begitu tekun dan asyik mendengar sajak-sajak persembahan para peserta...

15 September 2009

Sekolah dibenar ambil cuti berganti

Sedutan daripada petikan akhbar Utusan Malaysia, Selasa 15/09/09...harap-harap dapatlah kita bercuti

PUTRAJAYA 14 Sept. - Kementerian Pelajaran membenarkan mana-mana sekolah memohon cuti peristiwa atau cuti berganti pada 17 dan 18 September ini bagi menyambut Hari RayaAidilfitri yang dijangka pada 20 September ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, keputusan tersebut bagi membolehkan ibu bapa membuat perancangan awal perjalanan keluarga masing-masing untuk bercuti di kampung halaman selain mengelak kesesakan jalan raya.

''Bagi negeri-negeri yang hari hujung minggunya jatuh pada Jumaat dan Sabtu, sekolah-sekolah boleh bercuti pada hari Khamis, 17 September ini dan negeri-negeri yang cuti hujung minggunya pada Sabtu dan Ahad, sekolah-sekolah boleh bercuti pada 18 September ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Alimuddin, sekolah-sekolah yang mengambil cuti berganti hendaklah menggantikan hari persekolahan tersebut pada Sabtu 31 Oktober ini.

''Semua Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri diarah supaya meluluskan cuti tambahan tersebut mengikut kes-kes yang memohon sahaja dan kelulusan itu tidak diberikan secara keseluruhan.

''Semua Pejabat Pelajaran Daerah hendaklah memantau pelaksanaan cuti tambahan berganti tersebut," katanya.

kuih raya

Bulan puasa dah hampir ke penghujungnya. Guru-guru pun macam orang kebanyakkan juga tentulah sibuk menyiapkan persiapan untuk menyambut lebaran tak lama lagi. Antara kuih yang paling cekap dibuat oleh rakan-rakan guru kita ialah Kuih tunjuk. Mudah, enak dimakan dan pelbagai rasa...itulah kuih tunjuk

Beli dan belah

Susah juga kalau nak cari sekolah yang bersih dari aktiviti berjual beli. Di sinipun berlaku juga kejadian yang serupa namun ianya boleh dikatakan agak terkawal.
Bukan apa, sempat jugalah rakan-rakan kita ni melihat sambil membeli apa yang patut sebagai tokok tambah mana-mana yang kurang. Apa bezanya kalau jurujual boleh datang mempromosikan itu ini di bilik guru.

Menuntut ilmu di surau

Sukar juga jika mengajar di surau. Bukan sahaja murid-murid tetapi para guru juga kelihatan kurang bersemangat. Lebih-lebih lagi bila dah masuk waktu-waku selepas rehat. Bilalah agaknya penantian bagi bilik darjah gantian ini akan berakhir?
Related Posts with Thumbnails