04 November 2010

Rombongan Kelab Rukun Negara ke Johor Bahru pada 30/10/2010

Pada 30 Oktober 2010, Kelab Rukun Negara telah menjalankan satu aktiviti yang merupakan rombongan ke sekitar tempat-tempat menarik di Johor Bahru yang disertai oleh kira-kira 77 orang murid tahun 6 dan tahun 4 serta 10 orang guru. Rombong bertolak dari sekolah kira-kira jam 8.00 pagi
Tempat pertama yang kami lawati ialah Muzium Di Raja Sultan Abu Bakar. Walaupun tempat ini adalah tempat-tempat yang biasa bagi orang kebanyakkan, tetapi bagi murid-murid yang kurang berkemampuan inilah peluang mereka mengenali sejarah negeri Johor dengan lebih jelas...
Memandangkan muzium ini mempunyai 2 bangunan utama dan banyak artifak bersejarah diraja maka pihak pegurusan rombongan telah menyediakan beberapa acara menarik sepanjang rombongan ini seperti kuiz lawatan dan sebagainya...
Rombongan diteruskan lagi dengan melawat Zoo Negeri Johor. Di sini murid-murid kelihatan begitu seronok kerana Zoo ini berjaya menyediakan pelbagai tarikan yang menarik jika dibandingkan beberapa tahun sebelum ini.
Ramai yang mengambil kesempatan belajar tentang haiwan-haiwan dan dapat melihat haiwan-haiwan dengan lebih jelas.
Sempat jugalah guru-guru pengiring membasahkan tekak di gerai-gerai yang disediakan...
Sebelum solat Zohor, murid-murid diberikan makan tengahari. Sebagai makluman setiap peserta rombongan diberikan sarapan pagi, makan tengahari, air mineral, air kotak, roti untuk makan petang, pen dan buku nota...
Peserta rombongan menunaikan Solat Zohor di Masjid Sultan Abu Bakar
Majlis penyampaian hadiah pula telah dijalankan di Danga Bay. Tahniah kepada para pemenang...
Kami kemudiannya sempat menyinggah di Danga Festive Mall sebelum bertolak pulang ke sekolah.
Pihak pengurusan rombongan ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada En Abdul Aziz B Awang Pen. PPD (HEM) PPD P. Gudang, En Zakaria Bahron (G. Besar),guru-guru pengiring, ibubapa dan para peserta lawatan kerana telah terlibat menjayakan rombong pada kali ini. Semoga akan ada lawatan-lawatan yang seterusnya pada masa hadapan.

Sekian. Terima kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails