Majlis jamuan akhir tahun KEBIRU akhir telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Malangnya saya terlupa untuk membawa kamera, maka gambar2 dalam blog ini hanyalah menggunakan kamera hp saja. Dalam kesibukan saya mula mengambil gambar semasa Cikgu Budiman sedang berucap...sempat lagi beliau mendeklimasikan sebuah sajak
Bersyukur kehadrat Illahi kerana memberi peluang untuk semua ahli KEBIRU untuk dapat belayar pada malam ini. Cuaca yang awalnya hujan sepanjang hari akhirnya berubah tenang menjelang malam. Seramai 80 dewasa dan 38 kanak-kanak turut serta di dalam pelayaran ini...
Antara aktiviti yang diadakan pada malam itu adalah cabutan nombor bertuah, pakaian beragam kanak-kanak, Nasib do re mi dan karaoke suka-suka. AJK majlis Pelayaran seribu kenangan ini merakamkan jutaan terima kasih kepda para jemputan dan semua tetamu yang telah sama-sama menyertai aktiviti ini. Terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan