25 Ogos 2010

Cara menjawab soalan hipotesis ( hypothesis ) Science UPSR SR

Murid-murid barangkali sudah pun mengenal sejenis soalan yang selalu ditanyakan di dalam kertas soalan Sains SR bahagian struktur (Bahagian B).

Tahukah murid-murid hipotesis (hypothesis) juga kadangkala ditulis sebagai hubungan di antara atau (relationship) di dalam soalan Sains. Hypothesis atau relationship adalah soalan yang sama. Dengan itu janganlah murid-murid terkeliru dengan panggilan/perkataan yang digunakan. Didapati ramai murid yang menulis jawapan dengan teknik menjawab soalan AIM akibat daripada perkataan RELATIONSHIP...maka berhati-hatilah.

Hipotesis/Hypotesis sebenarnya adalah jangkaan awal sesuatu teori sebelum sesuatu hasil kajian sains itu diperolehi. Hipotesis boleh diuji dan dibuktikan. Kebiasaannya yang ditekankan di dalam penulisan hipotesis ialah kaitan pembolehubah dimanipulasikan/things to change dan pembolehubah bertindakbalas/things to measure

Mari kita belajar cara menjawab soalan hipotesis menggunakan soalan di bawah ini...

Situasi:

Pasu X dan pasu Y yang sama saiz, ditanam dengan jumlah anak benih yang berbeza. Kedua-dua pasu diletakkan di tempat yang sama dan mempunyai tanah yang mengandungi nisbah air yang sama. Selepas seminggu hasil penyiasatan telah digambarkan seperti rajah di atas.

TTC: number of green seeds
TOM: the hight of green seedlings after a week

Panduan cara menulis... Tulis dengan berkadar terus sahaja dengan melihat kepada perubahan TTC dan perubahan TOM. Pastikan kamu menulis TTC dahulu dan diikuti oleh TOM

Contoh jawapan:

1. The number of green seeds INCREASE, the height of green seedlings DECREASE
2. The number of green seeds DECREASE, the height of green seedlings INCREASE

*******************************************

Teknik ini sesuai jika kajian melibatkan kedua-dua objek. Cuma bezanya satu pihak menerima lebih atau kurang TTC.

Namun begitu ada juga soalan yang TTC nya hanya melibatkan satu pihak sahaja, maka teknik penulisan di atas adalah agak kurang sesuai untuk diguna pakai.

Contoh soalan :
Ada 2 pasu pokok sama jenis yang mendapat air, baja, jumlah tanah dan pasu yang sama. Sebuah pasu diletakkan di dalam kotak, manakala satu lagi diluar kotak. Selepas seminggu, pokok di dalam kotak didapati layu.

maka...

TTK= pokok sama jenis, air, baja, jumlah tanah dan jenis pasu
TTC= kehadiran cahaya matahari (the presence of sunlight)...sebab letak dalam kotak
TOM= keadaan pokok selepas seminggu (the condition of the plant after a week)

lihat pada TTC dan TOM...

The presence of sunlight (TTC) is important for the tree to grow healthy (TOM-condition of the plant after a week @ obesrvation)

***************************
.....namun begitu ada pendapat yang membenarkan cara menjawab soalan conclusion ditulis secara menulis jawapan hipotesis. Terpulanglah kepada para pelajar memilih cara mana yang sesuai untuk menulis kesimpulan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails